7

Filem Hantu Bonceng persendakan Islam??..

Filled under : Dunia Hiburan




Filem merupakan babak lakonan para artis yang melakonkan sesuatu watak. Ianya pasti menjadi ikutan kita yang menonton dan mendengar sesuatu babak yang menarik. 


Sesuatu kontroversi juga akan diadakan bagi mempromosikan dan melariskan sesuatu filem. Terbaru ialah satu babak dalam filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan agama. Saya membaca info tentang hal ini di blog Milosuam. Dikatakan bahawa satu babak yang menghina Rasulullah saw. Babak tersebut menyatakan bahawa zizan telah menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan" . 




Astaghfirullah.. saya tidak menyalahkan sesiapa dan tak tahu ini salah siapa kerana terlalu banyak pihak yang terbabit didalam perkara ini. Pihak penerbitan, pengarah, team production dan pihak industri yang menapis filem juga turut terbabit jika hendak mencari silap.


Kalau ditengok balik dalam filem ini, memang banyak perkara yang agak kurang disenangi seperti adengan perempuan yang free hair dan pakaian seksi mengucap subhanallah. Adengan diorang memakai celak juga digelakkan ibarat perkara main sedangkan itu sunnah yang tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Perbuatan syahadah zizan itu juga sangat berat kerana boleh menyebabkan niat dan perbuatan itu menjadikan keluar dari Islam jika tidak bertaubat jika benar dia bersalah.


Harap perkara ini diambil serius sehingga tidak mempersendakan Islam. Perkara ini takut menjadi ikutan kanak kanak yang tidak tahu apa maksud sebenar adegan terbabit.


Wassalam..











Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Dunia Hiburan

7 comments

  1. CikTeddyCorner September 18, 2011 at 8:52 PM

    astaghfirullah..knpe blh jadi mcm tu skali?spatutnya prkara ni diteliti kan sblum dieorng buat filem?bahaye la zizan sbut cmtu..

    Best Blogger Tips
  2. Cik_Shiqah September 18, 2011 at 9:32 PM

    Astaghfirullahhalazim!
    mereka tk sptutnya buat mcm tuh walaupun hnya skdr lkonan.
    hal agama tidak boleh dibawa main.
    ish3.

    Best Blogger Tips
  3. Fifieyqa September 18, 2011 at 10:22 PM

    isu2 sensitif macam ni patutnye kena jaga kan...baru ingat nak tengok citer ni..huhu

    Best Blogger Tips
  4. nurmisnan September 18, 2011 at 10:27 PM

    Indeed.... jgn pandang ringan bab ini
    semakin hari manusia semakin tak endah
    jer isu2 begini.. Lihat saja si murtad menghina ISLAM
    Satu apa pun pihak agama tidak mengambil tindakan...

    Best Blogger Tips
  5. ieda =.= September 18, 2011 at 11:43 PM

    syieda xberani nak komen ape2 bab ni. sebab syieda sendiri masih belajar..^_^

    smoga pihak yg berwajib tegur la. jgn diamkan saja..

    Best Blogger Tips
  6. eNciK PiDah September 19, 2011 at 10:19 AM

    ntah la wan..aq sdiri pon x taw nak cakap cane..tp yg adegan m'pesenda agama 2 cam byk je..tp aq sdiri x brani nak komen ape.. -.-"

    Best Blogger Tips
  7. Akunyer September 20, 2011 at 7:04 PM

    sesedap rasa je dorang main2kan kalimah ni kan... hmmm...

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat