Corak permainan Safee telah menarik pengurus Cardiff, Malky Mackay dan dia menyatakan akan membawa semula Safee menjalani ujian dua minggu di Cardiff.
[SINAR] PENYERANG Harimau Malaya, Safee Sali dilaporkan bakal mendapat peluang kali kedua untuk menjalani latihan di Cardiff City selama dua minggu pada masa akan datang.
Keyakinan itu disuarakan pengurus Cardiff, Malky Mackay yang mula meminati corak permainan Safee selama ‘berguru’ di Wales, namun kesukaran mendapatkan permit kerja menjadi halangan bagi merealisasikan impian pemain kelahiran Kajang itu, beraksi di Liga Kejuaraan musim ini.
“Safee perlu lebih kerap bermain perlawanan kompetitif dalam pasukan Malaysia dan juga kelabnya, di Pelita Jaya. Kami ada meminta Safee kembali semula ke sini bagi tempoh dua minggu pada masa depan.
“Buat masa ini, kami perlu mengucapkan selamat jalan, namun kelab akan mempertimbangkan Safee sebagai penghargaan kepada pasukan dan negara,” katanya.
Safee dijadual tiba hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) kira-kira jam 2.10 petang dan kemudiannya akan menyertai kem Selangor pada Jumaat ini bagi aksi Piala Sultan Sleangor pada, 1 Oktober 2011.
Harap Safee akan berjaya untuk menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi di kelab Inggeris suatu hari nanti, selepas kejayaan Ramli di Mancherster United... haha
Story by Ibnushukran
Tags: Info Sukan
tu la.. safie dahla jaringkan banyak gol dari ramli.. takkan main kat cardiff je..ahaks