0

Mayat Dijumpai Ditetak Dengan Kepala Terlingkup Dalam Baldi

Filled under : Berita Semasa

Sekadar Gambar Hiasan
[BHARIAN] KAJANG: Seorang wanita bukan saja disamun, malah turut dibunuh sebelum mayatnya ditemui dengan kepala terlingkup dalam baldi bilik air rumahnya di Kampung Pasir Baru Peringkat, Sungai Lalang, Semenyih dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Danaletchemee Sinappan, 64, turut ditikam di leher selain ditetak di dahi dipercayai diserang suspek dikenali mangsa kerana tiada kesan pecah pada rumahnya.

Kejadian disedari anak mangsa, K Krisnan, 36, sebaik pulang dari bekerja kira-kira jam 12 tengah hari yang mendapati pagar dan pintu rumah terbuka selain ruang tamu berselerak sebelum menemui mayat ibunya dalam keadaan menyayat hati di bilik air.
Mangsa yang tinggal sendirian ketika kejadian dipercayai dibunuh di sebuah bilik sebelum mayatnya diseret ke bilik air berdasarkan penemuan kesan darah yang dibersihkan di lantai rumah. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata siasatan polis di tempat kejadian menemui parang dan pisau dengan kesan darah yang baru dicuci dalam rumah berkenaan dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa. 

Berdasarkan siasatan awal, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai samun dan bunuh dengan kejadian kemungkinan didalangi individu dikenali mangsa, katanya. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau Rakan Cop Polis Selangor di talian 03-20529999 bagi membantu siasatan. 







uishhhh...



Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat