Bagi yang perasan, isu ini telah pun menjadi besar sehingga PAS sendiri ada memberi komen tentang hal ini PAS Juga Dakwa Hantu Bonceng Hina Islam. Dan saya pada mulanya ada juga membuat entry mengenai hal ini Filem Hantu Bonceng persendakan Islam??.. .
Saya baru membaca di ZonArtis bahawa Zizan sudah pun memohon maaf diatas kesalahan ini dan dia memang tiada niat untuk memberi maksud yang sebegitu berikutan dengan sesetengah pihak yang menuduh Zizan mempermainkan syahadah.
Zizan melalui laman Twitter meluahkan rasa salahnya.
Saya harap perkara ini tidak berulang lagi kerana ia dilakonkan atas watak kelakar dan untuk memberi penonton gelak tawa, bayangkan sekiranya kita yang terlepas pandang dan hanya gelak tanpa mengetahui disebalik lawak itu sedangkan ia merpersendakan Islam. Harap perkara ini dipandang serius..
Wassalam..
Story by Ibnushukran
Tags: Dunia Hiburan
Allah itu maha pengampun pada hamba-Nya
nota
kita faham itu memang tidak disengajakan kerana
lawak dan doalog spontan tapi sebagai pengarah
yang sunting semasa penggambaran harus peka akan
dialog yg menyentuh perkara sensitif tentang AGAMA...
Ahmad Idham ni selalu tak sensitif isu ni.. bila orang bersuara tau pulak nak melenting... apapun harap Zizan dan semua yang terlibat lebih berhati-hati..sebab terbaca satu hadis yang di pos di FB ustaz Zaharuddin tu membuatkan rasa takut andai kejahilan dan sikap "tiada niat" ini kemungkinan boleh membawa ke neraka sana...
Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat Al-Bukhari).