0

Tahniah! Danny X-Factor Telah Berkahwin

Filled under : Dunia Hiburan





Berita ini rasanya semua dah tahu sebab blog OhBulan! telah pun siarkan info ini pada minggu lepas. Tapi bagi yang belum tahu, saya keluarkan info ini. Alhamdulillah Danny X-Factor telah berjaya melansungkan perkahwinan bersama isteri, Leen atau nama penuhnya Zaidatul Norfazleen Zakarian dengan hantaran berjumlah RM11,201.10.

Pada tanggal 16 September bersempena hari Malaysia, pelakon & penyanyi Danny X-Factor telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari AirAsia, Leen atau nama penuhnya Zaidatul Norfazleen Zakarian dengan hantaran berjumlah RM11,201.10 di kediaman pengantin perempuan, Kampar, Perak.
“Alhamdullilah, sempena hari malaysia & 16 syawal, kami berdua menjadi suami isteri. Macam mimpi sebenarnya, macam berlakon pula. Perkahwinan merupakan benda yang paling besar berlaku dalam hidup saya. Jadi, Zainatul Norfazleen Zakaria ialah isteri saya,” ujar Danny yang teruja menjadi seorang suami.
Leen turut bersyukur apabila dipertemukan jodoh bersama Danny. Menurut Leen, “Kami jumpa sekejap, kemudian bertunang 6 bulan seperti yang dijanjikan. Kini, saya happy menjadi seorang isteri buat Danny.”
Majlis resepsi kedua mempelai dijangka akan diadakan pada bulan Disember di Dewan Seri Endon.



Alhamdulillah dengan pernikahan ini dan berjaya melaksanakan satu daripada tuntutan dalam Islam. Semoga hayat perkahwinan Danny bersama Leen akan berpanjangan dan dikurniakan cahaya mata serta dimurahkan rezeki oleh Allah swt, insyaAllah. Tahniah!




Boleh lihat video Danny dan Leen di [SINI]















Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Dunia Hiburan

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat