Berikutan dengan pemansuhan ini, JUHAM menyatakan bahawa disebalik pemansuhan ini PM bakal memperkenalkan dua akta baru iaitu akta yang berasaskan Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.
Di United Kingdom, akta ini juga diwujudkan 2 bulan setelah tragedi 11 September 2001, setelah akta ini telah dihalang dan dikatakan deskriminasi dan bertentangan dengan hak asasi manusia, akta baru telah diperkenalkan bagi mengimbangi akta yang sedia ada, Amerika memperkenalkan akta baru, Prevention of Terrorism Act 2005 dimana tiada perbezaan penahanan warga asing dan warga tempatan. Namun, akta baru ini juga tidak sunyi daripada dicabar di mahkamah....
Ikuti berita lanjut di [SINI]
JUHAM berpendapat bahawa akta ini sangat kejam dan bertentangan dengan hak asasi manusia, Malaysia tidak sepatutnya mengikut penubuhan akta ini selepas akta ISA dimansuhkan. Bak kata pepatah Melayu “Keluar mulut buaya, masuk mulut singa”. ISA dimansuhkan dan digantikan dengan akta yang semakin bersikap opresif dan menekan rakyat dalam hak kebebasan.
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa