0

Safee Sali Rayu Bantuan Kerajaan Untuk Dapatkan Permit Kerja Di Cardiff City

Filled under : Info Sukan

PENYERANG utama Harimau Malaya, Safee Sali (gambar) merayu kerajaan Malaysia membantunya menyelesaikan masalah birokrasi kerajaan United Kingdom (UK) yang dilihat mungkin akan menyukarkannya untuk beraksi dalam Liga Kejuaraan England di bawah kelab Cardiff City. 

Safee yang dipetik dari laman sosial Facebook (SafeeSali_10 Official) amat berharap bantuan daripada pihak kerajaan terutama dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

“Pelbagai cara telah kami usahakan, namun sehingga kini tiada sebarang tanda-tanda masalah tersebut akan dapat diselesaikan dalam jangka masa terdekat,” katanya. 






Masalah permit kerja ini dilihat tidak adil hanya kerana Malaysia berada di kedudukan bawah 70, meskipun Safee mempunyai bakat setanding dengan pemain Eropah dan Malaysia merupakan sebahagian daripada negara Komanwel. 

Berikutan masalah permit yang masih membelenggu David Beckham Malaysia itu, Safee sehingga kini masih belum dapat menyertai rakan sepasukannya dalam sebarang perlawanan, termasuklah ketika menentang Leicester City untuk Carling Cup semalam. 

Sebelum ini, Safee dilaporkan perlu beraksi dalam kancah Liga Eropah terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada syarat mendapatkan permit kerja tersebut. 

Walaupun dilanda dengan pelbagai masalah, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab Rahim berkata, bintang sensasi Harimau Malaya itu tetap positif menjalani latihan demi kebaikan dirinya termasuk membuat persiapan untuk bersama pasukan Malaysia menentang Australia pada 7 Oktober nanti sebelum memulakan musim baru bersama Pelita Jaya.




Masalah permit kerja.. syarat lain safee kene beraksi di kancah Liga Eropah terlebih dahulu untuk mendapat permit kerja tersebut.. memang susah la sebab safee kene main untuk kelab lain selain EPL dan kelab tu kene beraksi di Liga Eropah.. its so difficult to getting that requirement coz the chances of Safee Sali to play with Cardiff maybe just come only for this time, but who knows he can get for the seconds chances.. but to see the Malaysian Safee Sali play for Cardiff its depends to FAM and the goverment, and people should give support to him.. 



Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Sukan

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat