3

Diana Amir Berhijrah Kerana Kerap Mimpi HARI KIAMAT

Filled under : Dunia Hiburan

Kita dah pun dengar khabar mengenai isu Diana Amir mula berhijrah dengan memakai tudung. Tahniah! Hijrah Diana Amir Dengan Imej Bertudung. Alhamdulillah, sehingga hari ini dah banya artis kita yang sudah mula perubahan yagn sangat dialukan dalam Islam, seorang ikon mampu memberi gambaran dan ikutan masyarakat sekeliling, bersyukur jika ikon yang kita ikut adalah ikon muslim dan muslimah yang soleh dan solehah. 


Saya ada membaca kisah Diana Amir tentang perubahan dan apa sebab dia berubah, seperti Sham dan ramai lagi artis yagn berubah mereka ada kisah disebalik hidayah yang Allah swt kurniakan kepada mereka Sham Kamikaze mendapat hidayah untuk berubah

Dengar kisah Diana Amir ni, dia kata dia sering bermimpi akan kisah akhir zaman iaitu Hari Kiamat. 



Pelakon Diana Amir mengaku bahawa beliau kini lebih selesa menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Petanda yang membelenggu pelakon muda ini telah membuatkan dirinya sentiasa ingat akan kematian yang semakin hampir.
Menurut laporan akhbar Mstar, seorang rakan baik Diana Amir turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama selepas mendengar cerita mengenai hari kiamat daripadanya.
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Walaupun kurang pengetahuan agama, Diana Amir mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pelakon Irma Hasmie, yang kini sudah pun menutup aurat. Difahamkan, Irma Hasmie membawa Diana Amir bertemu dengan Wardina Saffiyah bagi mendapatkan pandangan serta sokongan mengenai ilmu agama.-OHBULAN! 

SubhanaAllah, Allah telah menunjukkan satu jalan untuk Diana Amir berubah. Semoga dia terus istiqamah dalam penhijrahan ini.

Wassalam..

Kita doakan agar diri kita ditetapkan iman dan tidak dipesongkan Allah swt hati kita kepada perkara yang mungkar.. insyaAllah~


Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Dunia Hiburan

3 comments

  1. Akunyer September 24, 2011 at 8:29 PM

    moga lebih ramai wanita yang menjaga aurat mereka... :)

    Best Blogger Tips
  2. Fifieyqa September 24, 2011 at 8:35 PM

    Ade dengar jugak psl berita ni..bagus la kan dia da berhijrah..

    Best Blogger Tips
  3. ieda =.= September 24, 2011 at 8:49 PM

    hampir tidak pasti mana org nye semasa freehair dulu.. cantek..
    alhamdulillah..makin banyak artis kita berhijrah..^_^

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat