Assalamualaikum
Semalam kerajaan negeri Perak telah melancarkan sistem Dinar Emas dan Dirham Perak khusus untuk simpanan dan pelaburan. Majlis yang telah diadakan di sebuah majlis yang turut dimeriahkan oleh persembahan nasyid Rabbani dan penyanyi antarabangsa,Maher Zain.
Ia membabitkan dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1380 manakala set dirham perak di jual pada harga RM260.
Mahal 2... hehe
Berita penuh :
IPOH 28 Feb. - Kerajaan negeri Perak hari ini melancarkan dinar emas dan dirham perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.
Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti berbanding produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam, Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 Hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.
"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dinar emas dan dirham perak di sini hari ini.
Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn. Bhd. (Goldnet), sebuah syarikat usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn. Bhd.).
Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa, Maher Zain. - BERNAMA
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa