Assalamualaikum..
Berita baik buat penduduk Mesir dan penunjuk perasaan yang mahukan sisa pemerintahan rejim presiden Hosni Mubarak dibersihkan.
Pengunduran ini pasti memberikan kegembiraan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh tokoh dan ulama' Islam terkenal, As Syahid Imam Hassan Al Banna pada Mac 1928 yang pada mulanya di anggotakan hanya 7 orang yang bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam.
Hassan Al Banna telah meninggal dunia ketika pimpinan yang sangat kejam dan zalim iaitu Kamal Arthartuk. Bagi aku memang sewajar Islam kini harus bangkit melawan syaitan yang bertopengkan manusia ini,revolusi perubahan pucuk pimpinan kejam harus dijatuhkan.
Jangan kita menggelar tokoh ulama' kita sekarang sebagai pengganas. Belajar dahulu sejarah lama Islam, mungkin kita akan sedar siapa salah dan siapa benar.
Islam adalah jalan yang benar, Islam adalah jalan yang lurus. Tiada agama yang benar didunia ini melainkan agama Allah swt yang diwahyukan kepada Rasulullah saw iaitu Islam.
KAHERAH 4 Mac - Perdana Menteri Mesir, Ahmed Syafiq meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam, satu lagi sambutan kegembiraan bagi penunjuk perasaan yang mahukan sisa pemerintahan rejim presiden Hosni Mubarak dibersihkan.
Bekas Menteri Pengangkutan, Essam Sharaf dilantik untuk menggantikan Shafiq dan membentuk kerajaan baru.
Angkatan bersenjata memerintah negara itu sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 18 Februari lalu ekoran protes selama 18 hari di
seluruh negara tersebut. - AFP
sumber : Utusan Malaysia dan Google(gambar)
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa