8

Hikayat Merong Mahawangsa lepasi sasaran RM6 juta

Filled under : Berita Semasa


Assalamualaikum semua.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta telah berjaya melepasi sasaran awal iaitu sebanyak RM6 juta yang telah mula ditayangkan sejak 10 Mac lepas.



Bagi pendapat aku, kejayaan KRU ini harus dibanggakan kerana filem ini telah memecah tradisi filem melayu yang selama ini hanya memaparkan teknik biasa, tidak seperti filem-filem KRU yang lain seperti Cicakman dan terbaru Merong Mahawangsa yang secara hampir keseluruhannya menggunakan teknik grafik Computer-generated Imagery (CGI).. klu xsilap

Dengan ini dapatlah kita bersaing dengan negara-negara luar setelah KRU akan berjaya menayangkan filem ini kira-kira di 72 negara luar.
Tahniah KRU Studio.


Berita penuh:

KUALA LUMPUR 31 Mac - KRU Studios berjaya melepasi sasaran awal RM6 juta selepas memungut RM6.3 juta untuk filem terbaru terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang 
ditayangkan sejak 10 Mac lepas.


Penerbit filem berkenaan Norman Abdul Halim berkata, pencapaian itu menunjukkan masyarakat di negara ini boleh menerima genre filem berbentuk kenegaraan yang dipaparkan filem tersebut.


"Ini satu petanda baik kerana kebiasaannya, filem tempatan yang mendapat sambutan baik adalah bercorak komedi atau seram,” katanya kepada pemberita malam tadi selepas tayangan filem itu yang dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D”Cruz, mewakili Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Norman berkata, selain Singapura dan Brunei, kira-kira 69 negara lain dijangka menayangkan filem itu secara berperingkat mulai Mei hingga Ogos ini.


Beliau berkata, kejayaan filem itu, yang menelan kos sebanyak RM8 juta dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan, mampu menjadi batu loncatan kepada produksi tempatan lain menghasilkan karya bermutu serta bertaraf antarabangsa. - Bernama


sumber: Utusan Malaysia Online

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

8 comments

  1. Fifieyqa March 31, 2011 at 6:37 PM

    Wah..brav02 KRU..sy bgge jd ank Msia..haha..tp best ke citer ni?x tg0k lg la..

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran March 31, 2011 at 7:40 PM

    @MiSz fiFiEyQa

    mmgn misz fifeyka ptut bangga.. haha
    sy da tng0k, n cite b0le than la.. time part lawan2 y best.. :)

    Best Blogger Tips
  3. sekamar rindu March 31, 2011 at 9:53 PM

    salam...

    tahniah buat KRU..saya tahu KRU memang selalu mencari kelainan di dalam aktiviti seninya..

    syabas..

    Best Blogger Tips
  4. nurmisnan March 31, 2011 at 10:19 PM

    Taniah KRU.. bangga dgn pencapaian mereka
    Malaysia memang sentiasa boleh der...

    Best Blogger Tips
  5. Ibnushukran April 1, 2011 at 12:03 AM

    @sekamar rindu

    wasalam..
    aaah.. stuju sngat.. dorang berani mengambil risiko kegagalan,dan akhirnya mereka berjaya.. :)

    Best Blogger Tips
  6. Ibnushukran April 1, 2011 at 12:03 AM

    @Nur Misnan

    Yup.. Malaysia boleh!!!.. haha.. tibe2 bersmngat patriotik plak ni.. ;p

    Best Blogger Tips
  7. Melur Jelita April 1, 2011 at 11:30 PM

    Tahniah Ibnu Shukran...eh..KRU

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran April 1, 2011 at 11:55 PM

    @Melur Jelita

    hahaha.. sy plak..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat