2

rakyat Malaysia harus bersedia hadapi GEMPA BUMI.

Filled under : Berita Semasa

Assalamualaikum
takut jgk kalau Malaysia menghadapi fenomena gempa bumi mcm negara seperti Jepun, Myanmar dan Indonesia.
tapi mengikut kajian pakar geologi, Prof.Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkemungkinan Malaysia tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

kesan gempa bumi di Myanmar

Berita penuh:

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
sumber: Kosmo! Online

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

2 comments

  1. mykhalis March 28, 2011 at 12:14 PM

    semoga negara kita terselamat.. tak dpat bayangkan kalau bencana ni menimpa kita

    lattest entry di blog khalis :
    Wanita mengandung yang tak senonoh

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran March 28, 2011 at 12:32 PM

    @mykhalis
    2 lah en khalis.. takut jgk kita.. moga2 kita selamat dr bencana seperti 2..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat