Assalamualaikum
Pemimpin nombor dua al-Qaeda,Ayman al-Zawahiri menuntut umat islam bangkit untuk menentang 'penindas' dan 'penceroboh'.
Ayman al-Zawahiri sambil memegang senapang menyampaikan mesej
al-Qaedah menerusi laman web SITE,kelmarin.
Berita penuh :
NICOSIA 28 Feb. - Pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri mendakwa Amerika Syarikat (AS) mendirikan rejim baru pro-AS di Tunisia dan Mesir, dan beliau menuntut umat Islam bangkit untuk menentang 'penindas' dan 'penceroboh'.
Menurut perkhidmatan pemantauan SITE hari ini, Zawahiri yang berasal dari Mesir menyiarkan mesej audio ketiga mengenai pemberontakan rakyat di dunia Arab, dirakamkan dalam tempoh antara kejatuhan rejim Tunisia dan penyingkiran kerajaan Hosni Mubarak di Mesir.
Sambil membidas Washington, Zawahiri juga menyeru rakyat Tunisia supaya menolak 'penjajah Perancis' dan menegakkan 'pemerintahan yang menjadi contoh muafakat dan keadilan bagi saudara-saudara kamu'.
AS membelakangkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali pada pertengahan Januari lalu apabila beliau ternyata sudah menjadi liabiliti, kata orang kanan Osama bin Laden itu.
"Namun urusan negara masih terletak di tangan orang Amerika, ejen-ejen dan askarnya," dakwa Zawahiri.
Perkara yang sama berlaku di Mesir, katanya dalam mesej yang dirakamkan sebelum Mubarak disingkirkan oleh tentera pada 11 Februari berikutan protes besar-besaran selama lebih dua minggu.
Zawahiri berkata, satu 'alternatif sekular' kini muncul di Mesir dalam bentuk bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei yang beribu pejabat di Vienna, Austria. - AFP
sumber:Utusan Malaysia
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa