4

Jangan risau kesan RADIASI

Filled under : Berita Semasa

Assalamualaikum


sejak kelmarin kita selalu je dapat info tak kira lah kt fb atau mesej pasal kesan radiasi nuklear dari hujan di Malaysia atau sebagainya.. 
korang dapat tak??..


sebenarnya keadaan kita kt Malaysia ni masih lagi dalam keadaan selamat dari impak bencana Tsunami yang telah menyebabkan loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) di Jepun musnah.


sekarang awan radiasi nuklear di Jepun bakal bergerak ke ibu negara Tokyo dalam beberapa jam, semoga umat Islam di sana selamat dan dilindungi Allah swt dari bencana ini.











Tiada kesan radiasi dari hujan di Malaysia lagi okay.. klu nak mandi hujan sekarang still lagi selamat,InsyaAllah.. xberani jamin k klu demam.. hehe..






Berita Penuh :



PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.
Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata, Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.
Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.
"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.
"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di sini semalam.
"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kelmarin dilaporkan berkata, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.
sumber: Kosmo! Online

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

4 comments

  1. Anonymous March 16, 2011 at 2:02 PM

    wahh . baru rasa selamat na keluar . aduhh dalang2 nie . menyebarkan cerita yang bukan2 .

    Best Blogger Tips
  2. mykhalis March 16, 2011 at 2:12 PM

    berserah je..yg penting jgn timbulkan keadaan panic

    Best Blogger Tips
  3. Ibnushukran March 16, 2011 at 5:45 PM

    paesh azek :

    baru lah boleh main futsal smbil berhujan pas ni.. xyah risau2 dah.. haha

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran March 16, 2011 at 5:46 PM

    mykhalis :

    betul 2 en.khalis.. banyak2 kan berd0a, moga2 kita selamat dari bencana ini.. :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat