4

Manusia Paling Kaya di Dunia

Filled under : Berita Semasa

Assalamualaikum

majalah forbes telah menyenaraikan muka-muka bilionair di dunia.
Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Lim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah RM 224.7 bilion.

Di tempat kedua ialah pengasas bersama Microsoft, Bill Gates. Di tempat ketiga pula pelabur AS, Warrent Buffet dan seterusnya ialah taikun barangan mewah darri Perancis Bernard Arnault.

Tidak ketinggalan 9 bilionair Malaysia juga turut disenaraikan :

1) Raja gula,Robert Kuok (61)
2) Taikun telekomunikasi tempatan Ananda Krishnan (93)
3) Bilionair sektor perladangan Lee Shin Chen (208)
4) Tan Sri Quek Leng Chen (219)
5) Tan Sri Teh Hong Piow (229)
6) Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga (420)
7) Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (459)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (993)
9) Tan Sri Vincent Tan (993)

Aku cukup bangga dengan bilionair yang ke 7, harap ramai lagi orang Islam yang mampu membina nama seperti beliau. Bukan mencipta nama untuk mngejar glamour, tetapi mahu buktikan yang Islam bukan agama yang kolot dan ketinggalan. Orang Islam juga mampu mencapai kejayaan seperti orang-orang bilionair beragama lain di dunia ini. Kita buktikan Islam bukan sahaja memberi kita kemenangan di akhirat tetapi juga di dunia yang sementara ini.

Belajar rajin2 lah lepas ni, baru dapat masuk ranking dunia.. haha
Jangan belajar hanya sekadar untuk kaya yep, semuanya kerana Allah swt.. :)




Berita Penuh :

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion), lapor majalah Forbes kelmarin.
Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).
Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).
Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).
Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah.
Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama.
Menurut Forbes, 115 bilionair Asia dalam senarai tahunannya kali ini berasal dari China
Senarai bilionair dari China itu diungguli Robin Li, usahawan di sebalik kejayaan enjin carian tempatan, Baidu, dengan nilai kekayaan AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion).
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di tempat ke-52 dengan kekayaan dianggarkan berjumlah AS$13.5 bilion (RM40.9 bilion).
Sementara itu, seramai sembilan bilionair dari Malaysia turut berada dalam senarai Forbes kali ini diketuai oleh raja gula, Robert Kuok, 87, dengan kekayaan AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion).
Jumlah itu menyaksikan beliau berada pada kedudukan ke-61 sekali gus mengatasi pengasas Apple, Steve Jobs yang memiliki aset AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion) untuk menduduki tempat ke-110 senarai yang sama.
Taikun telekomunikasi tempatan, Ananda Krishnan, menduduki tempat ke-93 senarai Forbes dengan kekayaan AS$9.5 bilion (RM28.8 bilion) manakala bilionair sektor perladangan, Lee Shin Cheng yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM15.1 bilion) berada di tempat ke-208.
Lain-lain bilionair Malaysia yang menduduki senarai Forbes ialah Tan Sri Quek Leng Chen menduduki senarai ke-219 dengan kekayaan AS$4.8 (RM14.5 bilion).
Bilionair Malaysia, Tan Sri Teh Hong Piow menduduki tempat ke- 229 dengan kekayaan AS$4.7 bilion (RM14.2 bilion).
Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga berada di tempat ke-420 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) manakala Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tempat ke-459 dengan kekayaan AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion).
Bilionair Tan Sri Tiong Hiew King dan Tan Sri Vincent Tan menduduki tempat ke-993 dengan kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion). - Agensi

sumber: Kosmo! Online

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

4 comments

  1. zool March 11, 2011 at 11:28 PM

    memang kaya tu,, boleh bina berapa juta kilang kaya tu

    Best Blogger Tips
  2. WakafKita11 March 15, 2011 at 10:38 AM

    mmg kaya.. aishh, bila la aku nk mcm tu plak.. hahaha

    Best Blogger Tips
  3. Ibnushukran March 15, 2011 at 4:34 PM

    zool :

    haha.. kilang kaya wat pe bro zool.. kenyang makan kaya j la nnti .. ;p

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran March 15, 2011 at 4:35 PM

    wakafkita11 :

    es0k lusa kaya la 2.. tnggu rezeki smpai .. hehe..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat