11

Layan 'teman maya' punca CERAI

Filled under : Berita Semasa

Assalamualaikum
Hari ini sy ingin menyentuh sedikit saol pencarian yang semakin menjadi kebiasaan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu 
yang bergama Islam.


Hasil kajian Jakim pada tahun 2009 menunjukakn statistik yang amat memeranjatkan kita semua iaitu ratusan ribu pasangan Islam di negara kita mengalami penceraian.


Statistik yang amat memeranjatkan kita bahawa penceraian berlaku oleh pasangan Islam setiap 15 minit satu pasangan akan bercerai.


Bagi pendapat sy yang belum berkahwin ni.. hehe..
ialah sebelum kita teringin melaksanakan salah satu sunnah Rasulullah saw iaitu berkahwin ini, satu persediaan hati hendaklah begitu kukuh.


Persediaan hati bermaksud segala ilmu Islam hendaklah dimantap terlebih dahulu.
apa peranan suami ??..
apa peranan isteri  ??..
janganlah kita berkahwin semata-mata hanya untuk memuaskan nafsu masing2. 
S0 kalau dah bosan dengan isteri,mulalah bercerai sini,bercerai sana. mulalah cari perempuan lain,cari lelaki lain. 


Cari matlamat berkahwin..
membina satu keluarga Islam yang dapat menyumbang kearah pembinaan Islam yang sebenar. 
Melahirkan zuriat yang dapat mengamalkan ajaran Rasulullah saw. 
Dalam perkahwinan kita dapat mencari keredhaan Allah swt, besar pahala si suami yang dapat menjaga isteri dan anak2, besar ganjaran si isteri yang dapat menjaga faraj selain untuk suami dan dapat mentaati suaminya.


Dalam hadis Rasulullah saw :



Dari Abdurrahman bin Auf r.a.
 bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Jika perempuan mengerjakan solat yang lima ,
puasa Ramadhannya , memelihara kehormatannya
dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya
masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana saja engkau suka

Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani



Maka pilihlah mana2 pintu pun yang si isteri suka.. 
senang tak wahai kaum Hawa.. 
Berat juga tanggungjawab si suami, sbb 2 mendalami cara Islam yang sebenar dan konsep Islam yang sebenar sebelum kita merampas hak perempuan dari ibubapanya. Setelah berkahwin hak isteri sepenuhnya ditangan suami, bukan lagi dibawah ibubapanya.


sy juga ingin berkahwin suatu hari nanti, doakan semoga sy memperolehi isteri yang dapat menjaga sy dari fitnah dunia dan selamat dunia akhirat.. InsyaAllah.. ^_^








Berita Penuh :



KUALA LUMPUR 4 Mac - Asyik melayan 'teman maya' di laman sosial seperti Facebook sehingga lupa kepada tanggungjawab menjadi antara punca ramai pasangan Islam di negara ini bercerai.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, selain itu tidak serasi, poligami dan bermain 'kayu tiga' khususnya dengan orang gaji turut menyumbang kepada berlakunya perceraian.
Menurut beliau, perkara tersebut merupakan masalah-masalah yang sering diajukan oleh pasangan suami isteri ketika memohon untuk bercerai di Mahkamah Syariah.


''Kebanyakan yang bercerai adalah pasangan yang berkahwin selama lima tahun dan ke bawah.
''Antara punca, pasangan yang asyik melayan 'teman maya' di Facebook sehingga ada isteri yang tidak ambil peduli tentang suaminya dan begitu juga suami.


''Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, ada ratusan ribu pasangan Islam yang telah bercerai,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, ketika merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya beliau menyatakan bahawa purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.


Ujar beliau, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jakim pada 2009 dengan statistik perceraian terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Mengulas lanjut, Mashitah berkata, kursus praperkahwinan selama sehari yang dijalankan kini juga dirasakan tidak mencukupi untuk memberikan maklumat lengkap mengenai alam perkahwinan kepada pasangan yang mahu berkahwin.
''Dahulu kita buat tiga hari, ada yang marah. Sebab itu kita buat satu hari sahaja. Kursus satu hari saya rasakan tidak cukup untuk mendidik pasangan yang mahu berkahwin dengan pelbagai perkara.


''Ada juga kita terima laporan, yang kursus satu hari pun, ada pasangan yang datang lewat. Itu pun ada juga pengendali kursus yang bagi sijil mengikuti kursus kepada pasangan berkenaan.
''Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kita mahu pengendali kursus ada rasa tanggungjawab dan memastikan setiap pasangan benar-benar mengikuti kursus dengan sebaiknya,'' katanya.


Beliau memberitahu, kursus yang dijalankan sehari itu hanya memberikan maklumat-maklumat asas dalam melayari alam perkahwinan.
Justeru, ujarnya, setiap pasangan yang sudah berkahwin perlu berterusan mencari ilmu berkaitan kerukunan berumah tangga.
''Inilah harapan kita kepada mereka selepas berkahwin. Jangan berhenti mencari ilmu tersebut. Luangkanlah masa pergi ke kuliah-kuliah agama.
''Memanglah semua sibuk dengan urusan harian tapi kalau ada peluang, pergilah cari ilmu dan hayati ajaran agama,'' katanya.


Beliau seterusnya menasihatkan pasangan yang sudah berkahwin agar menjaga hubungan sesama mentua dan ahli keluarga masing-masing.


sumber : Utusan Malaysia

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

11 comments

  1. rafina mimi abdullah March 5, 2011 at 5:02 PM

    ish..teruk la..boleh bercerai kes duk layan laman sosial..itulah akibatnya kalau dah taksub sangat dengan benda2 ni semua..lagi satu kes facebook ni ha..dulu sebelum munculnya facebook,tak pernah dengar pulak berita2 perceraian akibat melayan teman di laman sosial..sejak ada facebook ni la semakin menjadi2 pulak..mcm jakun je tak pernah jumpa sesuatu yg baru dalam hidup..apa ke hal ini semua..

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran March 5, 2011 at 7:10 PM

    btul 2 kak..
    seelok eloknya bagi yang dah berkahwin, hadkan lah sedikit pergaulan .. jgnlah seperti orang bujang sngat.. ingat isteri/suami dan anak2.. :)

    Best Blogger Tips
  3. mykhalis March 5, 2011 at 10:13 PM

    khalis dah merasa bahana alam maya nie..jujur cakap..adakala terasa nak bujang semula..kalau FB Khalis pernah berjumpa dngn cinta dulu2..memang sayat je jiwa raga.. semoga Allah memberi kekuatan kt Khalis..maklumlah, kami baru sahaja nak menimang anak sulung..

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran March 5, 2011 at 10:40 PM

    Allah sentiasa mmberi jalan kpd hambaNya untk berubah.. Sem0ga sy pun akn mndapt kekuatan jg untk bersama dunia y kian dilanda fitnah dunia..

    waaahh.. tahniah en.khalis.. Ya Allah klu la aku da berkahwin dan bakal mmpunyai ank sprt en.khalis,indahnya dunia.. huhu.. tahniah en.khalis!!!.. :)

    Best Blogger Tips
  5. nadira shahid March 6, 2011 at 1:55 AM

    hm, ade jugak dengar berita tu.. hm, mcm takut nk berkahwin pn ade.. tapi selalu pegang, wanita yang baik hanya utk lelaki yg baik ;)

    Best Blogger Tips
  6. nadira shahid March 6, 2011 at 1:55 AM

    hm, ade jugak dengar berita tu.. hm, mcm takut nk berkahwin pn ade.. tapi selalu pegang, wanita yang baik hanya utk lelaki yg baik ;)

    Best Blogger Tips
  7. Melur Jelita March 6, 2011 at 2:11 AM

    Alhamdulillah jumpa juga tempat nak komen..juga nak baca post//puas tekan - tekan tapi tak keluar..he he

    Terimakasih Ibnu Shukran berkongsi info ini. Kawan akak ramai yang nak bercerai berai kerana kes fb ni haaa...

    Ibnu Shukran,'jemput la join segmen akak Melurjelita datang..untuk segmen review blog..jom la

    Best Blogger Tips
  8. mykhalis March 6, 2011 at 10:50 AM

    same2 la ibnushukran.. rezeki Allah bagi,, semoga tambah barakah la keluarga kami.. dan harap ibnushukranpun cepat2 la bertemu jodoh..dop gitue?

    Best Blogger Tips
  9. Ibnushukran March 6, 2011 at 5:43 PM

    nadira shahid :

    jgn plak takut nk kahwin, InsyaAllah klu ikut jalan yang btul,peranan yng betul mngikut Al Quran dan Sunnah, masalah penceraian xkan timbul.. kan.. aah, permpuan y baik 2k llki y baik.. m0ga kita mnjadi soleh/solehah untk mndapat pasangn soleh/solehah.. InsyaAllah.. :)

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran March 6, 2011 at 5:45 PM

    melur jelita :

    kak melur, sory nk msuk entri kne pksakan diri 2k tekan title jgk,klu tkan gmbar xb0le,sy pun heran.. hhehe..
    InsyaAllah sy j0in segmen akak,mmng nk j0in pun,p kt bl0g sy xde tmpat isi link akak melur,wajibkan 2.. huhu.. cmne 2..

    Best Blogger Tips
  11. Ibnushukran March 6, 2011 at 5:48 PM

    mykhalis :

    alhamdulillah, m0ga bertambah ahli keluarga, makin bertambah rzeki en.khalis...
    sy pun tnga mnunggu j0doh dr Allah, m0ga d0a sy termkbul,sy serahkan psngan sy hnya pd Allah swt.. :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat