LONDON: Santos membuat kejutan terbaru apabila membuat pusingan-U dan memberitahu Chelsea: ‘Neymar bukan untuk dijual.”
Terdahulu, The Blues diberi kebenaran berbincang dengan bintang Brazil itu selepas bersetuju dengan pembelian klausa kontrak pemain berkenaan yang bernilai £40 juta (RM200 juta).
“Neymar adalah buruan hangat ketika ini. Tapi kami tidak mahu memberi sebarang tawaran untuk perpindahan pemain ini ke kelab lain ketika ini. kami mahu dia bersama Santos untuk beberapa tahun lagi,” katanya.
Neymar kini bersama skuad Brazil untuk menghadapi cabaran di kejohanan Copa Amerika.
Oliveira menambah: “Peminat cinta pemain ini, bukan kerana cara dia bermain tetapi kualiti kemanusiaan dimilikinya.”
ibnushukran: ahaha.. melepas lagi la Chelsea yek.. mujurlah MU x berhajat nk beli, klu tak mesti Neymar dah dilepaskan ke MU.. haha..
Story by Ibnushukran
Tags: Info Sukan