~ASSALAMUALAIKUM~
Hari ni sudah masuk hari ke 18 kita berpuasa dan ke 18 kita berterawih InsyaAllah. Rasa macam sekejap sangat hari berlalu, tak macam Ramadhan sebelum ni, mungkin dunia da semakin tua dan sedang hampir menuju ke penghujungnya kerana telah disebut bahawa akan singkat hari-hari terakhir sebelum kiamat.. wallah a'lam..
Sepanjang berterawih, terdapat sedikit masalah yang saya hadapi dan mungkin situasi ini dialami oleh korang sendiri iaitu masalah makmum sebelah membaca bacaan solat dengan nada yang kuat sehingga menganggu makmum yang lain.
Bagi saya masalah ini cukup besar kerana ia mampu mengganggu solat orang lain sehingga menghilangkan kekhusyukan orang sebelah dalam solat berjemaah.
screenshot dari darulnuman.com
Mungkin ia mendatangkan kekusyukan kepada kita tetapi mesti ingat bahawa orang sebelah pasti akan terganggu dengan bacaan kita melainkan kita bersolat sendirian. Cukupla sekadar kita sahaja yang dengar secara perlahan dan jangan sampai menganggu bacaan solat orang sebelah.
Saya tutup entri ini dengan potongan hadith di bawah, Nabi SAW besabda:
Wassalam..
Saya tutup entri ini dengan potongan hadith di bawah, Nabi SAW besabda:
Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )
Wassalam..
p/s: saya dengar dari ceramah Ustaz Azhar Idrus, dia kate klu orang ni dah tahap sampai takbir pun 3-4 kali, asyik was2 je, sampai ganggu orang sebelah, tak soh mari mesjid , tak sunnat untuk dia hadir berjemaah.. wallahu a'lam..
Story by Ibnushukran
Tags: Info Islam
Baiklah. Akan dijadikan tauladan.
huuu.. betul.. baru smalam jadi..
tak dok sebelah pn. anne kat saf depan..
klau sbelah tak tawu la kuat mna.
rasa dengar die je bace. smpy al-fatihah sndri 2 kali ulang.
benar.. sebagai makmum kita harus membaca surah fatihah
dgn nada perlahan seperti berbisik atau dlm hati dan
tidak mengganggu bacaaan imam dan makmum yg lain...
dan lagi satu ketika imam mengakhiri ayat fatihah
dan menyebut AMIN barulah makmum mengikut AMIN.. bkn mendahului imam...
nice share..betul tu.. sedangkan berbau bauan sampai terganggu orang sebelahpun tak baik
patut kena post benda ni kat buletin masjid/surau. ramai lagi yang tak tahu. especially golongan veteran(tak semua). nak tegur takut kena marah. huhuhu...
yup,betol tu..kadang2 bile org sbelah bace kuat sngt,kite pulak yg tersasul..
p/s; ibnu pon tngok ustaz azhar jgak?cik suke care die..santai tp brmnfaat
@|| A r a W a n i ||
sama2 jadikn tauladan.. :)
@anne jasmine
smpai kita pun jdi tak khusyuk kan, klu dia ulang dlm keadaan senyap xde la mnggaggu kita..
@Nur Misnan
baca seperti berbisik, baca dlm hati tidak sah solat.. :)
@~~Ticer Wann~~
sama2 ticer.. :)
@mykhalis
orng lelaki sunat memakai bau bauan ke masjid, tppi permpuan tidak dglakkan.. lagi satu bau mulut tu,klu mulut kita busuk mmng orang sblah pun asyik sesak nafas je la ngan bau mulut kita.. huhu
@ misz farah
betul tu, sy pun kene ngan orng vateren tp tak semua la, nk tegur nnti dikatanya kita ni budak lagi, t melenting plak.. hehe..
@Cik Teddy
sy suka tngok ustaz azhar.. lawak.. ustaz kazim pun best jgk.. loghat masing2 .
pernah dulu masa mula-mula pergi terawih di surau dekat rumah syieda.
sebelah tu die baca kuat. sampai 2 kali ulang Al-Fatihah.
masuk hari ke-2 syieda duduk depan sekali. still dengar. tapi sayup2.. sabar je..
nak tegur macam xsopan pulak sebab syieda belasan dan baru belajar solat terawih.
org itu sudah hampir separuh umur..
As Salam. Perllu diingat bahawa terdapat rukun qauli di dalam solat. 1. Takbir; 2. Al-Fatihah; 3. Bacaan Tahiyat; 4. Salam pertama. Keempat2 ini, wajib dilafazkan sekadar dengar di telinga sendiri dan tidak boleh di dalam hati atau berbisik (dikhuatiri lari sebutan oleh angin bisikan). Mungkin ada makmum yg terbawa-bawa atau terkuat untuk kesemua bacaan. Tapi rukun qauli wajib dilafazkan. Penjelasan yang lebih arif dan lebih lanjut oleh UAI: http://www.youtube.com/watch?v=e62wIjcaAeA