19

Susah Betul Nak Cari Yang Solehah?

Filled under : Info Islam

~ASSALAMUALAIKUM~





Semua lelaki kalau saya tanya soal mencari isteri mesti mereka menjawab:

"  saya kalau boleh mestilah cari yang solehah, baik hati,  jaga solat dan paling penting comel.. hehe.. "

Betul tak lelaki-lelaki kat luar sana, secara jujurnya saya pun begitu, sebab tu dialog dari tangan saya sendiri.. huhu. Wanita pun inginkan lelaki yang soleh bagi membimbing mereka setelah mereka berkahwin kelak. Bukan senang nak mendapatkan lelaki soleh dan wanita solehah, tapi bukan mustahil kerana dalam Islam telah ditunjukkan caranya. Caranya ialah keperibadian kita sendiri, kita sering meminta supaya dianugerahkan dengan bidadari di dunia ini yang baik, solehah dan cantik, tetapi sejauh mana baiknya kita, sejauh mana soleh dan solehahnya kita dan sejauh mana cantiknya peribadi kita.


" wan, aku nak isteri yang baik tapi diri aku sendiri lintang pukang, camne dowh.. p xpe la, nnti dia boleh bimbing aku.. "

haha.. ayat ni la yang kita perlu ubah..

" wan, aku nak calon isteri yang baik, jadi aku kene perbaiki diri aku sendiri, barulah aku boleh menjaga isteri aku nanti.. aku sebagai ketua keluarga.. "




Saya nak menunjukkan satu dialog yang saya ambil dari ilmi-islam. Semuanya dijelaskan dalam dialog dibawah, jom baca kalau nak mengetahui dengan lebih lanjut.. jazakallahu khair ilmi-islam .



Sebuah perkongsian : 
Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.
"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi...."
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yng solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin ... Dah terlajak le ni."
"Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?"
"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"
"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah ... mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat...."
"Macam tu tak susahlah... ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.

UKUR TAKWA
"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.
"Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.

ADA CARA LAIN
"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"
"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh ...Cuba cari ciri-ciri suami soleh ....bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati .... Ukur iman dan takwa kita".
"Nak ukur iman & takwa kita ...susah tu. Itu soal maknawi"
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."

LEBIH TEPAT
"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa ... lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."

TERLALU IDEAL
"Habis tu ... saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?"
"Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok gak tu!Serampang dua mata,"katanya.
"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana."
"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu .... Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?"
"Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket ... nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita...."
"Oh saya faham"
" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya ... untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!"
"Alhamdulillah... saya harap jodoh saya akan tiba nanti."
"Amin ...tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."


p/s: dialog ini sesuai la untuk lelaki yang sedang mencari calon isteri seperti saya .promote nampak.. haha.. apa2 pun bentuk diri kita dahulu untuk mendapatkan yang terbaik, selamat beramal..




Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

19 comments

  1. CikTeddyCorner July 23, 2011 at 1:08 PM

    yes,that's right.bersederhana..itu cik suka.lelaki,kalo sbut psal calon istri nk yg baik2 tp kbnykan mreka x sedar diri msih x tentu arah tuju..fitrah mnusia,slalu inginkan yg trbaik tp usaha? x nmpk mne pun..hihi
    herm,kalo nak yg bagus2,diri sendiri pun msti bagus jugak kan?
    yg pnting,mnusia tu x smpurna..nak cari spt ciri2 di atas?susah tu..iman blh bertambah n berkurang..bgitu jugak kperibadian seorang solehah..semua tu blh dipupuk..^_^ salam <3

    Best Blogger Tips
  2. >Misz Farah..?< July 23, 2011 at 2:02 PM

    nak cari tulang rusuk yang hilang tak susah. doa, usaha, istiqamah dan tawakal. (pandai cakap tp tak reti buat)

    actually betul la tu, nk cari yg soleh/solehah kena la jadikan diri sendiri soleh/solehah juga. btw, ada sorang sahabat pernah ckp;

    "klu kte nk cari yg terbaik, jadikan diri kte terbaik dulu. dan kalau kte dah buat yang sehabis baik, but still dapat yang tak baik, jangan mengeluh. itu tandanya Allah nak duga kte. nak uji kte. sejauh mana kte dpt mengharungi dugaan yang Allah beri."

    wallahua'lam.

    Best Blogger Tips
  3. fadwa daud July 23, 2011 at 2:13 PM

    jodoh pertemuan di tangan-Nya,semoga dipertemukan dengan teman hidup yang saling melengkapi.

    Best Blogger Tips
  4. Akunyer July 23, 2011 at 7:02 PM

    hee bagus ni... bersederhana lah.. memilih tu bleh tapi kalau dah sampai pening kepala cam dialog kat atas tu kan susah.. suluh dan baiki diri sendiri dulu.. :)

    Best Blogger Tips
  5. Anonymous July 24, 2011 at 12:10 AM

    btl 2..nilai diri kita dlu....

    Best Blogger Tips
  6. Ibnushukran July 24, 2011 at 8:01 AM

    @Cik Teddy

    betul tu cik.. sama2 la kita berusaha untuk mnjadi yang terbaik.. :)

    Best Blogger Tips
  7. Ibnushukran July 24, 2011 at 8:03 AM

    @misz farah

    doa, usaha, istiqamah dan tawakal.. betul tu farah.. klu tak mndapat suami dan isteri y hebat mngkin Allah swt mahukan kita y mmimpin psangan kita y kurang.. bersama2 mnuju syurga Allah swt.. :)

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran July 24, 2011 at 8:03 AM

    @fadwa daud

    insyaAllah.. :D

    Best Blogger Tips
  9. Ibnushukran July 24, 2011 at 8:04 AM

    @~~Ticer Wann~~

    suluh dan perbaiki diri, betul tu cik.. bersyukur dgn pasngan yang dikurniakn, itu la jodoh terbaik dari Allah swt.. :)

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran July 24, 2011 at 8:05 AM

    @princess taiping

    nilai dan usaha.. pertingkatkan iman dalm diri dgn amal ibadah.. :)

    Best Blogger Tips
  11. Ibnushukran July 24, 2011 at 8:06 AM

    p/s: nasihat untuk diri terutamanya..

    Best Blogger Tips
  12. ~nsar~ July 24, 2011 at 9:16 PM

    selalu baca bagi pihak perempuan.. kali ni baca pihak lelaki pulak.. nak dapat suami yang soleh.. solehah kan diri tu dulu.. ya itu betul..

    Best Blogger Tips
  13. Afzainizam July 25, 2011 at 12:12 AM

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip bersihkan lining roof kereta

    " WANITA IDAMAN "


    Wanita idaman lelaki ialah ,
    yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
    yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
    yang sentiasa haus dengan ilmu ,
    yang sentiasa dahaga akan pahala ,
    yang solatnya maruah dirinya ,
    yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
    yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
    yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .

    Wanita idaman lelaki ialah ,
    yang menjaga tutur katanya ,
    yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
    yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
    yang mempunyai ramai kawan ,
    dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .

    Wanita idaman lelaki ialah ,
    wanita yang menghormati ibunya ,
    yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
    yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
    yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
    yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
    kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat .

    Wanita idaman lelaki ialah ,
    yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
    yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
    yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
    yang menjaga matanya dari berbelanja ,
    yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .

    Wanita idaman lelaki ialah ,
    tidak pernah membazirkan masa,
    matanya kepenatan kerana penat membaca ,
    suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
    tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
    bangunnya subuh penuh kecergasan ,
    kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan ,

    Wanita idaman lelaki ialah ,
    yang sentiasa mengingati mati ,
    yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
    yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
    agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
    meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian .

    Wanita idaman lelaki ialah ,
    yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
    kerana dia mengimpikan syurga ,
    di situlah rumah idamannya ,
    dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

    Best Blogger Tips
  14. ieda =.= July 25, 2011 at 1:01 AM

    betol2..pertama perbetulkan diri kita dahulu sebelom buat apa-apa.^_^

    insyaAllah ajal maut ditangan Tuhan. berusahalah dan bertawakkal.^_^


    p/s :maaf tukang bg komen pun masih keliru lagi. masih d tahap belajr. hihi

    Best Blogger Tips
  15. mykhalis July 25, 2011 at 11:36 AM

    panjang berfikir.. insyaAllah..doa dan usaha la banyak2.. orang bijaksana ada cakap.. kalau selalu ke masjid..jodoh di masjid.. kalau selalu ke pasar..jodoh di pasar..

    Best Blogger Tips
  16. Ibnushukran July 25, 2011 at 12:35 PM

    @~nsar~

    solehahkan diri baru dpat y solehah.. saya tnga mncuba ni sis.. hehe

    Best Blogger Tips
  17. Ibnushukran July 25, 2011 at 12:36 PM

    @Afzainizam

    masyaAllah.. penuh makna sajak atas ni bro afzainizam.. thanks.. :)

    Best Blogger Tips
  18. Ibnushukran July 25, 2011 at 12:37 PM

    @syieda_joy

    betul tu syieda.. doa dan tawakkal, insyaAllah..
    xpe, sama2 kita bljar dan ptingkatkan diri... :)

    Best Blogger Tips
  19. Ibnushukran July 25, 2011 at 12:38 PM

    @mykhalis

    insyaAllah en khalis.. harap macam tu la.. hehe..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat