5

Kenapa aku diuji dengan pelbagai ujian

Filled under : Info Islam

Assalamualaikum.. pelbagai ujian yang kita terima sebagai hamba di muka bumi ini,kita juga seringkali mengeluh dengan setiap ujian dan cabaran yang datang kepada kita hari ke hari. Adakah ujian Allah swt adalah untuk melemahkan hambaNya, adakah segala ujian itu untuk menjatuhkan hambaNya, adakah ujian itu semua adalah untuk merendahkan hambaNya, percayalah kita sebagai orang beriman segala ujian adalah kasih sayang Allah swt terhadap hambaNya, sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui.




KENAPA AKU DIUJI
QURAN MENJAWAB
 :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN
QURAN MENJAWAB :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUSTASI?
QURAN MENJAWAB :

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)
p/s: yakinlah bahawa Allah tidak pernah sesekali ingin menyeksa hamba2Nya..ujian itu datang untuk menguji keimananmu,kesetiaanmu dan kerana Allah menyayangimu..Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.



Sekian, terima kasih.. sumber dari Cikteddycorner ..  :)






Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

5 comments

  1. NuSaNa NoSa 91 July 3, 2011 at 3:23 PM

    al-Quran itu syumullll.. ^_^

    Best Blogger Tips
  2. Cik_Shiqah July 3, 2011 at 5:39 PM

    semua persoalan sudah terjawab dlm
    kitab suci Al Quran..
    Allahu Akbar!

    Best Blogger Tips
  3. Ibnushukran July 3, 2011 at 9:39 PM

    @NuSaNa NoSa 91

    Islam itu sentiasa melngkapi setiap saat hidup kita,hnya kita mnntukan kemana hala kita..

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran July 3, 2011 at 9:41 PM

    @Cik_Shiqah

    semua jawapan ada dalam Al Quran, manusia je tidak mahu mncari.. Allahu Akhbar!..

    Best Blogger Tips
  5. nazira July 4, 2011 at 10:18 AM

    Subhanallah.. Nice sharing..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat