1

China pecah rekod Jambatan Terpanjang Dunia,42 kilometer

Filled under : Berita Semasa , Pelancongan

BEIJING - China sekali lagi memecahkan rekod dunia selepas melancarkan jambatan terpanjang di dunia dan merentasi laut, kelmarin. 

Jambatan Teluk Jiaozhou sepanjang 42 kilometer itu menghubungkan laluan dari bandar pelabuhan China Timur, Qingdao ke pesisir Pulau Huangdao.
 

Stesen media tempatan melaporkan kos pembinaan jambatan yang mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan itu dianggarkan melebihi 10 bilion yuan (RM5 bilion) dan turut dilengkapi terowong bawah tanah. 

Lebih daripada 5,000 tiang konkrit digunakan untuk menyokong jambatan selebar 35 meter tersebut. 

Sebelum ini, rekod jambatan terpanjang di dunia yang diiktiraf Guinness World of Records dipegang oleh Tambak Tasik Pontchartrain di Louisiana iaitu sepanjang 39 kilometer.-SH [SUMBER] 












ibnushukran: tahniah la buat China.. sekali lagi selepas Tembok Besar China, kini jambatan terpanjang di dunia plak, hebat betul dorang ni, ni semua sebab Lin Dan kalah kejohann badminton indonesia hari tu la ni.. hehe.. tiba2 je.. jom ramai2 kita g melawat dan mlncong ke jambatan ni kt google.. hehe.. nk g melancong kt sana jauh sangat,google pun jadilah..















Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa , Pelancongan

1 comments

  1. Anonymous July 4, 2011 at 11:27 AM

    hamboii...pnjg nye...

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat