CHIBA: Seorang lelaki Jepun membuat pengakuan di mahkamah semalam bahawa dia merogol dan mencekik seorang wanita muda Britain, tetapi turut mendakwa tidak bermaksud untuk membunuh mangsa berusia 22 tahun itu.
Pada masa sama, lelaki itu juga cuba mengubah wajahnya menerusi pembedahan kosmetik untuk mengelak dikesan selepas pihak berkuasa melancarkan operasi memburunya di seluruh negara.
Gambar hiasan |
Kes itu adalah pembunuhan berprofil tinggi di Jepun selepas mayat Hawker ditemui dalam tab mandi dipenuhi kotoran di balkoni pangsapuri Ichihashi.
Ketika permulaan perbicaraan, Ichihashi mengaku merogol mangsa dan menyebabkan kematiannya, namun turut menekankan dia tidak berniat membunuh seperti didakwa pendakwa raya.
“Saya tidak berniat membunuhnya, namun saya bertanggungjawab atas kematiannya,” kata Ichihashi.
Hawker, dari Brandon, England, berada di Jepun untuk mengajar bahasa Inggeris. Dia dibunuh selepas mengajar Ichihashi secara persendirian di rumahnya.
Ichihashi melarikan diri selepas polis menemui mayat Hawker di pangsapurinya. Dia mengelak daripada ditahan polis lebih dua tahun, menggunakan identiti palsu dan malah menjalani pembedahan kosmetik untuk mengelak ditahan. Dia akhirnya ditahan pada 2009. – AP -BH
ibnushukran: senang kan, lepas bunuah tukar je muka, tp sepandai-pandai tupai melompat pasti jatuh ke tanah juga, klu cek IC mesti kantoi jgk bukan, mungkin muka suspek susah nk cam , tp akhirnya dapat jgk ditangkap.. huhu
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
sape nak ngaku bersalah..iye tak?
ade jugak orang camni. pas rogol, bunuh. then tuka muke. cehh.. meh sini kite toreh muke dye rmai2.. >_<