MELAKA: Akibat berang kerana cinta tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan mengelar leher, tangan dan menikam bekas teman wanita bersama ibunya di Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini.
Lim Mui Tiang, 33, dan ibunya, Ah Ngo, 75, ditemui berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan, namun warga emas itu disahkan mati tidak lama selepas kejadian manakala anaknya cedera parah.
Metro Ahad difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, Mui Tiang sempat menghubungi abang sulungnya, Lim Ah Lai, 51, memaklumkan dia dan ibu dalam bahaya kerana suspek berusia 33 tahun itu cuba membunuh mereka.
NGERI.. tilam dipenuhi darah mangsa di ruanga tamu |
Menurut Ah Lai, dia yang baru pulang ke rumahnya di Cheng Height, dekat sini, dihubungi adiknya lalu bergegas ke lokasi.
“Sebaik sampai, saya dapati pintu rumah berkunci. Apabila saya jenguk melalui tingkap di bahagian depan, saya nampak emak dan adik perempuan terbaring berlumuran darah atas tilam di ruang tamu.
“Saya dan anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menendang pintu untuk membukanya sebelum membantu ibu dan adik yang mengerang kesakitan,” katanya.
Menurutnya, dia cuba bertanya ibunya yang masih boleh bercakap mengenai kejadian yang berlaku.
“Dalam menahan sakit, emak beritahu lelaki (suspek) yang serang dan tikam mereka adalah penduduk kampung itu. Saya cuba mententeramkan emak dan adik sebelum ambulans tiba dan membawa mereka ke hospital,” katanya.
Katanya, adiknya enggan mengikut lelaki itu kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak.
“Ketika kejadian, lelaki itu berada di dapur bersama Mui Tiang yang menggunakan komputer, manakala ibu menonton televisyen di ruang tamu sambil berbaring di atas tilam.
“Saya difahamkan, lelaki itu cuba memikat dan memujuk adik saya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia enggan mengikut lelaki berkenaan dengan alasan mereka masing-masing berkahwin.
“Disebabkan sudah lewat, adik meminta dia balik, namun lelaki itu dikatakan marah dan mengugut membunuh adik. Lelaki itu kemudian mengambil pisau dan menikam adik saya,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, adiknya masih mampu menghubunginya sebelum pergi ke ruang tamu dan melihat lelaki itu menikam dan mengelar leher ibunya yang cuba pergi ke dapur apabila mendengar jeritan adiknya.
MANGSA... Gambar perkahwinan Mui Tiang dan suami |
Difahamkan, anak tunggal Mui Tiang yang berusia dua tahun dan dikenali sebagai Ah Boi, ketika itu tidur di dalam sebuah bilik dan terselamat.
Menurutnya, Mui Tiang adalah anak bongsu daripada tujuh beradik dan bakal berpindah bersama ibu mereka ke luar negara akhir tahun ini mengikut suaminya yang bekerja di sana.
“Kejadian ini sungguh mengejutkan dan saya sekeluarga sedih serta berharap polis berjaya menangkap lelaki terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki terbabit dalam kejadian itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, jam 11 pagi.
Menurutnya, polis masih menyiasat mengenai insiden itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, jam 11.30 malam. [SUMBER]
ibnushukran: masyaAllah.. ngeri betul la tengok bnde2 macam ni terjadi, risau terjadi pada keluarga kita, manusia seakan tiada pertimbangan, bunuh tu perkara biasa.. harap kita sentiasa berdoa moga dilindungi Allah swt dari segala perkara kejam seperti ini...
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
ish... ni mmg melampau ni.... mmg patut pun dy tolak...
-Yok mampir diluk = ”siapa mak ayah saya”...
Nape la sibuk dok kacau bini org.. Masing2 pun dah kawen.. Alahai dunia sekarang..
aish.. nauzubillah min zalik! minta dijauhkan la perkara cmni..
actually that girl tak patut bagi that guy masuk rumah dye lansung sebab dye dah bersuami. wallahua'lam. pengajaran, jangan main2 dgn lelaki. huhuhu..
bila syaitan da menguasai fikiran,semua benda boleh jadi..nauzubillah
kesiannya ~~~
ish pelik-pelik betul.
dah org tak nak terima je la.haish
susah kalau tak boleh terima kenyataan samapi mcm tu
@::blog anak jawer::
mmng patut dri awal, perangai macam hapa. huhu
@dzafira
aah. sibuk kcu bini orang wat pe,sengal.. pstu orng xnak, bunuh2 plak.. adooii..
@misz farah
aah kan. mcam mne laki tu bole ada dlm umah pmpuan tu, klu dia kunci pintu msti xjdi macam ni... pngjarannya kunci pintu umah klu rasa xselamat or xramai..
@fadwa daud
bila syaitan dah kuasai cinta, cinta boleh jadi mati.. bnyakkan berdoa moga dlindungi...
@nelly
mmg kesian sangat,satu kluarga jdi mngsa,nenek pun maut dek llki macam tu..
@schaze zainn
biasa la tu,fikiran bercelaru,syaitan plak mnghasut, dpt plak jnis panas baran.. hbis la.. marah sampai berbunuh2.. masyaAllah.. takut rasanya..
cinta tak mengenal siapa dia
bezanya lelaki itu silap bertindak
dan berfikiran tdak rasional...
takziah utk ibu beliau...
mnusia smakin hilang nilai kmanusiaan
@Nur Misnan
mmgn tak sepatutnya kacau bini orang, da la orang menolak, nak jgk..
@Cik Teddy
makin hari makin bnyak plak kes2 y bhaya2.. kita kne berhati2..
manusia ni kalau kena rasuk di setan perangai lagi teruk dari setan
@mykhalis
bila syaitan da sebati dgn jiwa kita, macam ni la jadi, berbalik pada zaman jahiliah, tiada pautan agama dalam diri, hasilnya binasalah..
skang ni mcm2 yg menakutkan..kejam gler...
apa nak dikesiankan...ini org cine pi mampuslah. org tak de agama. baik kesiankan nasib sesama org islam lagi baik