24

Tahajjud Cinta pesong akidah

Filled under : Dunia Hiburan

~ASSALAMUALAIKUM~



Saya baru sahaja selesai menonton episod 1 drama terbaru arahan Eirma Fatima yang berjudul Tahjjud Cinta. Drama yang membarisi pelakon terkemuka tanah air seperti Fazura, Fauziah Ghous, Ziela Jalil, Shahz Jaszle, Remy Ishak, Eman Manan, Norsih Karman, Melissa Saila, Dira Abu Zahar dan Eirma Fatima sendiri. Selepas menonton episod satu di tonton.com, saya terjumpa plak satu artikel yang menyatakan bahawa drama ini memesongkan akidah. Ini dapat dilihat apabila ada page di facebook yang dibuat untuk membantah drama Tahajjud Cinta ini.




Drama Tahajjud cinta yang mula ditayangkan beberapa minggu lalu ternyata mendapat respons yang begitu baik dalam kalangan penonton setia slot Zehra di TV3.

Rata-rata meminati drama ini kerana mesej serta lambakan pelakon popular yang menghiasi sejam waktu siarannya. Namun, di celah-celah keriuhan memperkatakan keberanian pengarahannya membangkitkan isu wanita menerusi drama ini, ada juga pihak yang kurang senang dengan karya Eirma Fatima ini.

Buktinya, wujud laman sosial facebook yang menuntut agar drama ini dihentikan siarannya. Alasannya, drama ini menghina wanita bertudung khususnya kepada mereka yang berpurdah.

Menerusi laman sosial itu juga, Eirma, juga dikecam kerana menulis skrip yang menjurus kepada sikap tidak baik penghuni di sekolah pondok dengan mengetengahkan isu poligami serta penderaan dalam drama itu.

Walaupun Eirma gagal dihubungi, namun beliau turut memberikan reaksi berhubung isu itu menerusi laman twitter miliknya.

“Tahajjud Cinta ada 13 episod! Biar mereka lihat semua dan merangkum seluruh ketidakpuasan hati mereka. Saya jawab akan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik berdiam kerana biarlah mereka melaungkan suara mereka. Saya akan jawab selepas episod 13,” tegasnya.

Eirma berkata, segala kenyataannya itu tidak berguna pada ketika ini memandangkan pihak yang menentang akan terus mempertahankan hak mereka.

“Saya hanya akan bercakap apabila keadaan reda. Sekarang api kemarahan sedang meluap-luap di pihak sana. Biarlah dulu. Tak guna saya mengeruhkan.

“Tak perlu saya komen. Takpelah! Biarlah mereka nak membantah. Mereka berhak. Akan sampai masanya saya akan bagi kenyataan saya pula,” katanya lagi. [SUMBER] 







Bagi pendapat saya sendiri, saya cukup menghormati tindakan Eirma Fatima kerana berjaya menghasilkan filem sebegini, menerapkan ciri keIslaman dalam hasil karya beliau. Eirma juga telah menyerap artis yang nampak kurang di dalam imej Islam mereka, dengan mengambilan mereka siapa tahu dengan izin Allah swt mereka akan berubah setelah mengalami pengalaman berlakon dalam filem seperti ini. Di dalam hal itu saya cukup bangga dengan tindakan Eirma. 

Mengenai isu yang diterbitkan masyarakat di Facebook, saya tidak ada komen kerana saya pun belum tengok drama ni hingga habis lagi, tak tahu di mana salah di dalam jalan cerita ini. Saya ikut cakap Eirma, kita tengok sampai episod ke 13.





p/s: cuma tak senang bila dalam drama ni sekejap Fazura dan Fauziah Ghous pakai tudung , sekejap tak. Mungkin dalam rumah dia dia buka tudung kan, tp pelakon lain kt dalam rumah dia elok je boleh pakai tudung.. klu setiap masa pakai tudung lagi cantik.. episod 2 tengok malam ni la plak.. hehe




Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Dunia Hiburan

24 comments

  1. CikTeddyCorner July 22, 2011 at 4:40 PM

    a'ah..x stuju jugak sbnrnya..bkn citer ni je tp kbnyakan la..
    klau org bkn Islam tngok,nmpk sngt mcm umat Islam x istiqamah,mmpersendakan agama..

    Best Blogger Tips
  2. ieda =.= July 22, 2011 at 5:01 PM

    itu la tu. kalau kejap bertudung kejap tidak buat orang alim ulamak cakap kite menghina diorg. T__T syieda suke filem yg adik mia berlakon tu. kan pelakon pmpuan always tutup..^_^

    tp itu arahan orang laen. bukan filem syieda. ngeh2...


    p/s : ala buat2 pending KL STER la..hahaha..

    Best Blogger Tips
  3. >Misz Farah..?< July 22, 2011 at 5:01 PM

    ble bace kat ruangan 'kami bantah tahajjud cinta blaa blaa blaa..' tu kan (pnjg sgt n tak ingat) dorang ckp cite tu ade adengan yang melanggar tatasusila sbg seorang muslimat. antaranya adengan dimana guys senang2 boleh pegang wanita berpurdah.


    ni dari apa yang saya stalk la. tak tahu betul ke tak sebab saya sendiri dah lama tak tengok tv (drama). wallahua'lam.

    Best Blogger Tips
  4. MuNiRaH July 22, 2011 at 6:59 PM

    jalan cerita die agak menarik selepas 2 episod ditayangkan.... xp mungkin juga ada isu2 yg x baik contohnya eman manan sebagai ustaz di pondok menggunakan agama untuk kepuasan diri sendiri....

    Best Blogger Tips
  5. Akunyer July 22, 2011 at 7:17 PM

    heee memang kecoh cerita ni..ada benda yang agak menyinggung wanita bertudung dan berpurdah... :) tak tau la sebab Ticer selalu ketinggalan cerita terbaru tu..

    Best Blogger Tips
  6. Cikrosecute July 22, 2011 at 8:34 PM

    Saya tak mahu komen apa2 lagi...tunggu episod 13 camna?...baru boleh komen...betul ke tak betul...

    Best Blogger Tips
  7. rafina mimi abdullah July 22, 2011 at 9:24 PM

    akak tengok gitu2 je..sekarang ni pun tengah tengok sambil melayan blog..x tau sangat apa yg x betulnya dalam drama tu..

    hizwan,segmen tu akak dah lanjutkan tarikhnya hingga ke hari ahad ini..join la kalau sudi.. :)

    Best Blogger Tips
  8. mikeyvio July 23, 2011 at 12:09 AM

    i'm still confusing. huhu

    Best Blogger Tips
  9. FadhDeela July 23, 2011 at 2:50 AM

    ken tunggu smpai episod ke 13 kot br leh komen..ermm

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:41 AM

    @Cik Teddy

    filem sptutnya ditapis dhulu oleh pihak jabatan islam jika kluarkan ats unsur islam spya tidak mngotrkan kesucian islam..

    Best Blogger Tips
  11. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:42 AM

    @syieda_joy

    tnggu la filem syieda plak.. haha
    serius tak tahu KL Ster tu..

    Best Blogger Tips
  12. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:43 AM

    @misz farah

    sy pun perasan aada adega berpgang tangan dan berduaan.. mmng tak patut dibuat adegan macam tu..

    Best Blogger Tips
  13. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:44 AM

    @MuNiRaH

    mungkin la kot.. isu poligami oleh ustaz pondok..

    Best Blogger Tips
  14. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:44 AM

    @~~Ticer Wann~~

    bnyak mnyinggung peljar mesir dan jordan kan.. mngkin ada brcanggh dgn konsep sbnar..

    Best Blogger Tips
  15. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:45 AM

    @Cik Rose Cute

    aah.. tnggu dan lihat.. huhu

    Best Blogger Tips
  16. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:46 AM

    @Mrs.Yie

    insyaAllah kak.. sy join, da lama sbnarnya tak join segmen2 ni.. tak join jgn mara ye kak..hehe

    Best Blogger Tips
  17. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:46 AM

    @Vera Violet

    tngok la vera, nnti baru dpt jwapan.. :)

    Best Blogger Tips
  18. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:47 AM

    @fadhdeela

    betul tu.. tnggu dan lihat, dan nilai..

    Best Blogger Tips
  19. Ibnushukran July 24, 2011 at 7:47 AM

    @abazilah

    t saya dtng vote.. :)

    Best Blogger Tips
  20. nexus July 24, 2011 at 10:46 AM

    xpenah tengk pon cite ni

    Best Blogger Tips
  21. Unknown July 24, 2011 at 9:11 PM

    cerita mcm ni mmg semua org akan komen hbis2 pnye.yeah as well as kak erma said, tunggu saje.nnt perang lah tu,hehe

    Best Blogger Tips
  22. Ibnushukran July 25, 2011 at 1:03 AM

    @nexus

    tngok jgn tak tngok .. haha

    Best Blogger Tips
  23. Ibnushukran July 25, 2011 at 1:05 AM

    @amir aizat

    aah. lpas tamat drama ni nnti msti ada sidng media bncang sal bnde ni.. nk tngok drama ni smpai habis dulu, baru best..

    Best Blogger Tips
  24. biela bell July 29, 2011 at 4:20 PM

    perasan jugak tba2 ada yg boikot cerita nie..katanya dekat tang yg pgg tgn tu yer,,tapi pompuan tu pkai sarung tgn kan? cuma benda tu tak manis je..sbb tu depa boikot kot..tak tgOk pun scene tu..huhu..
    ambik isi dari cerita tu je la..apa yg nk disampaikan..tgOk smpai abis je..:)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat