4

Berita Pilihan: Penjenayah Indonesia di Penang ditembak mati

Filled under : Berita Semasa

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah dalam satu kejadian tembak menembak di Jalan Paya Terubong di sini 2 pagi tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Zahruddin Abdullah, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat maklumat terdapat sebuah Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Anggota polis yang sampai ke tempat kejadian cuba menghampiri dan meminta pemandunya berhenti, bagaimanapun lelaki berusia lingkungan 30-an itu terus memecut laju kereta yang dipandunya itu ke arah persimpangan lampu isyarat Jalan Dato' Ismail Hashim, Relau di sini.


Penjenayah Indonesia ketika kejadian berlainan di Johor pada 2010


"Dalam masa sama lelaki terbabit juga bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis dan kita terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. 

Zahruddin berkata, kereta yang dipandu lelaki terbabit terbabas ke kiri jalan selepas satu daripada tempakan yang dilepaskan polis mengenainya. 

Katanya, suspek mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang. 

"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah antaranya samun, pecah rumah, mencuri dan pengedaran dadah di sekitar negeri ini," katanya. 
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38mm dan beberapa bungkus dadah jenis ganja dalam kereta lelaki itu. 

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit menjalankan kegiatan jenayah bersama kumpulannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan mereka. - BERNAMA- BH 









ibnushukran: seram sejuk prang Penang ni.. huhu.. mntak dijauhkan lah pelajar kt sini dari terkena ancaman penyamun serta penjenayah kt sini.. 









Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

4 comments

  1. Unknown July 9, 2011 at 5:39 PM

    penang mmg tmpt lubuk jenayah kan ?HAHA

    Best Blogger Tips
  2. mykhalis July 10, 2011 at 2:04 PM

    padan muka kena tmbak

    Best Blogger Tips
  3. ~nsar~ July 12, 2011 at 9:56 PM

    hahaha.. sokong mykhalis..

    Best Blogger Tips
  4. Afzainizam July 13, 2011 at 5:09 PM

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tip cuci enjin kereta

    Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

    uihhh kurang Pati tak di undang kat sini yerrrr.... issshhh datang sini kena tembak ajerrr

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat