Baru-baru ini Volvo Car Corporation (volvo) telah mempamerkan kenderaan konsep terbaru mereka di Shanghai Auto Show 2011. Dengn memperkenalkan nama yang agak unik iaitu Volvo Concept Universe, sebuah kereta sedan premium masa depan,moden, berteknologi tinggi, instrumen-instrumen ciptaan terbaru, dan merupakan sebahagian daripada tema pembangunan kenderaan baru Volvo akan datang.
Apa yang dimaksudkan dengan 'Concept Universe' adalah luas, kereta sedan mewah dengan reka bentuk cantik model Volvo klasik.
Direka berdasarkan "Scandinavian Design" iaitu berkaitan penafsiran terhadap manusia, dimana sasaran Volvo untuk menjadi jenama paling memahami kehendak pembeli kereta moden sebenar.
Reka bentuk dalaman 'Concept Universe' adalah selesa, memelihara alam sekitar dan juga berfokuskan pengguna. Ia berteraskan pemanduan di hadapan dan selesa di belakang.
Sasaran mereka adalah untuk memahami pembeli moden dan Volvo ingin mengetahui pendapat pelanggan China mengenai konsep mewah ini. Seterusnya mereka akan menunjukkan reka bentuk itu ke Eropah dan Amerika Syarikat dalam usaha membawanya ke peringkat global.
Story by Ibnushukran
Tags:
sgt sytle ~
wahhh..
nampak sangat elegen dan canggih ye.
wahh..boleh la beli kereta ni bile da keje nnti..hehe..**berangan2***
wah..style la kreta ni..cik suke!tp lg suke lamborghini..hihi