8

Adab berpakaian bagi lelaki berlandaskan Islam

Filled under : Info Islam

Assalamualaikum

Masalah aurat sering timbul dikalangan wanita. Pada hakikatnya lelaki dan wanita mempunyai batas aurat yang perlu dijaga,namun aurat lelaki sering kita mengambil seperti endah tak endah. Perihal ini haruslah juga di ambil berat oleh kaum lelaki.


lelaki diharuskan memakai seluar selagi tidak menampakkan bentuk badan lelaki yang wajib dilindungi iaitu dari pusat hingga lutut.
 (tidak menampakkan kembung zakar, tidak menampakkan bentuk punggung samaada besar atau kecil dan tidak menampakkan pahanya besar atau sebaliknya)
HARAM jika seluarnya menampakkan aurat dan bentuknya sekiranya mengeras.[SUMBER] 

lelaki juga harus memakai seluar dengan syarat ianya bukan dipakai untuk meniru barat dan berbangga dengan jenama dan harganya.



Rasulullah pernah menggambarkan kecantikan agama Islam dalam hadis.
 "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Riwayat Muslim & Tarmizi)

Allah swt tidak pernah melarang kita untuk sentiasa kelihatan cantik namun jangan sampai menimbulkan perasaan riak iaitu dengan memakai sesuatu dengan niat untuk menunjuk bahawa aku sudah ada baju dan seluar baru yang cantik dan mahal misalnya.


Ini berdalilkan kepada hadith dari Musa ibn Uqbah dari Salim dari bapanya yang menyebut bahawa baginda rasul bersabda :
“Barangsiapa yang memakai pakaian dengan bongkak (sombong) maka Allah tidak akan melihat kepadanya di hari kiamat” lalu Abu Bakar pun bertanya kepada baginda : Wahai rasulullah sesungguhnya aku ini berpakaian labuh melebihi mata kaki kerana pakaianku longgar apakah aku termasuk dikalangan mereka yang dijanjikan azab ? Maka dijawab oleh baginda : “ Sesungguhnya engkau bukanlah dari kalangan mereka yang membuatnya kerana bongkak (sombong)” (hadith sahih, riwayat Nasaie no. 5335 dan lain-lain).

“ Allah tidak akan memandang mereka yang memakai pakaiannya dengan bongkak” ( hadith sahih riwayat bukhari no. 5783 dan Muslim).


ibnushukran:
"semoga kita sentiasa berjaga mengenai adab berpakaian,sifat takbur amatlah dibenci Allah swt, setiap apa yang kita pakai semuanya hanyalah kerana Allah swt. Segala adab berpakaian jelas di dalam Islam. Semoga kita bersama mengikut adab-adab berpakaian dalam Islam."


Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

8 comments

  1. rafina mimi abdullah April 20, 2011 at 3:12 PM

    ingat mengingatkan sesama kita..risau tgok budak2 zaman skarang berpakaian..baik lelaki mahupun ppuan..

    Best Blogger Tips
  2. FD. April 20, 2011 at 4:46 PM

    ohh. maksudnya, lelaki punn tak boleh pakai seluar ketat ? ohh. baru tahu. hehe. thanks info ye :))

    Best Blogger Tips
  3. Ibnushukran April 20, 2011 at 9:17 PM

    @Mrs.Sabri

    betul 2 kak..
    pakaian sekarang boleh dikatakan mmng semuanya mngikut pakaian barat..
    bukak sini ,bukak sana.. tolong jgn mmbuat orang lain berdosa mmndang aurat kita.. dah la dosa kita sendiri,tnggung plak dosa orng y melihat kita.. besar saham pelaburan dosa 2.. huhu

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran April 20, 2011 at 9:18 PM

    @Fatma Diyana MB.

    mestila diyana,kitaorang pun ada batas aurat jgk.. sama2 la kene jaga.. :))

    Best Blogger Tips
  5. nurmisnan April 20, 2011 at 10:21 PM

    alhamdulillah... sentiasa ingat mengingati
    suka posting kali ini...
    thanks brother.... i like

    Best Blogger Tips
  6. Ibnushukran April 21, 2011 at 12:11 AM

    @Nur Misnan

    yup.. sy nk mngingatkan diri ni jgk,sma2 ingat mengingati..
    thanks coz like it.. tekan ler button like 2.. hehe.. xde pun..

    Best Blogger Tips
  7. WakafKita11 April 21, 2011 at 11:19 AM

    stuju2.. mmg kena igt mengingati.. tq ibnu shukran !

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran April 21, 2011 at 11:29 AM

    @WakafKita11

    sama2.. wakafkita11.. :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat