Assalamualaikum.
Berita penuh:
JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.
Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.
Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.
Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.
Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.
sumber: Kosmo! Online
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
subhanallah. hebatnya ujian Allah.
kesian budak ni.. T_T
Betapa Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui sesuatu itu.. Ada hikmah disebalik semua yg berlaku..
@Fatma Diyana MB.
subhanAllah.. besar dan hebat dugaan y dterima bayi ni..
@wannurakmal
aah.. p 2 semua kuasa Allah swt, kte xtaw apa jalan y akan dilalui bayi ni..
spe taw dia jdi orang y berjaya kelak..:)
@Firdaus
ada hikmah setiap apa yang dikurniakan setiap ujian.. hanya Allah swt shj y mngethuinya, sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui..:)
astaghfirullah..semoga mereka tabah..Tuhan takkan membebankan seseorang sekiranya mereka tak mampu..Dia lebih mengetahui..
@fadwa daud
Allah swt tidak akan menguji jika hambaNya tidak mampu.. :)
Innalillahi.. Kuasa Allah SWT
Moga2 pembedahan itu selamat dan
bayi itu sihat.. insyaAllah
subhanallah. pertama kali tgk bayi mcm neh.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom terjah entry terbaru
kereta gear auto dan gear manual
Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
Maka setelah diturunkan ujian berganda-ganda bagi menguji keimanan hambaNya, Allah SWT mengingatkan kita tentang kalimah ‘sabar’. Kerana kesabaran adalah senjata bagi menghadapi segala mehnah dan tribulasi.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)
Allah SWT menjanjikan pertolongan saat menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dariNya. Dibimbangi kita akan terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengikuti jalan sukar yang dihembuskan Syaitan durjana. Syaitan sama sekali tidak akan senang kepada hamba-hambaNya yang sabar dan senantiasa berpegang teguh kepada tali Allah SWT. Biarkan Syaitan kecewa dengan sikap kita yang keras menentang bisikan-bisikannya. Perbanyakkan doa dan solat agar tali yang mengikat kepada Rabbi bertambah utuh dan kuat.
@Nur Misnan
insyaAllah pembedahan itu akn brjaya... smoga bayi 2 selamat mnjalani pmbedahan.. :)
@noraim
aah.. rasanya mmng xpenah terjadi lagi kan, mngkin ni kali pertama terjadi kan..
@Afzainizam
subhanAllah.. bnyak inf0 yang sy dapt dr bro afzainizam.. thanks sudi berkongsi.. :)