Assalamualaikum.
Pengendali talian perkhidmatan mudah alih prabayar Celcom dan Maxis bakal mengalami cabaran yang kuat selepas ini.
Pengendali talian perkhidmatan mudah alih prabayar pertama berlandasarkan syariah Islam, Salamfone Sdn. Bhd. (Salamfone) merancang untuk menembusi seluruh pasaran Malaysia dalam tempoh tiga bulan lagi.
saje je buat tajuk entri panas.. hehe
Khamsul Kasim menunjukkan pek permulaan Salamfone yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.
Berita penuh:
KUALA LUMPUR 6 April - Pengendali talian perkhidmatan mudah alih prabayar pertama berlandasarkan syariah Islam, Salamfone Sdn. Bhd. (Salamfone) merancang untuk menembusi seluruh pasaran Malaysia dalam tempoh tiga bulan lagi.
Sejak 29 Mac lalu, Salamfone sudah berada di pasaran Kelantan, Terengganu Perlis dan Kedah dan bermula hari ini perkhidmatannya dipasarkan di seluruh Lembah Klang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamshul Kasim berkata, tujuan pengenalan Salamfone di tiga buah negeri utama itu berikutan pasaran untuk penduduk Islam yang tertinggi di negeri-negeri berkenaan.
Katanya, beliau yakin Salamfone yang menggunakan aplikasi berunsur Islam serta mengharamkan gambar lucah ditonton dapat diterima masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Islam.
"Kami mempunyai pasaran khusus untuk Salamfone iaitu golongan berusia 30 hingga 55 tahun dan keduanya untuk mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun,'' katanya pada sidang media mengenai Salamfone di sini hari ini.
Hadir pada majlis ialah Pengerusi Reach Telecom Holdings (Reach Telecom), Waleed Al Sayegh.
Reach Telecom merupakan salah sebuah syarikat terbesar yang menjadi pelabur dalam Salamfone.
Salamfone ditubuhkan pada Jun tahun lalu dan sebagai promosi, pihaknya memberi ganjaran sebanyak 14 pakej haji dan 32 pakej umrah kepada pelanggan setianya yang mengekalkan tambah nilai RM30 setiap bulan.
Kod nombor pangkal talian Salamfone adalah 0106 XXXXXX dengan pek permulaan prabayar pada harga RM8.50.
Kadar tambah nilai prabayar Salamfone bermula dari RM5, RM10, RM30 hingga RM50.
Kadar caj panggilan promosi Salamfone adalah 20 sen seminit manakala pesanan ringkas 10 sen seminit.
Ketika ditanya sama Salamfone merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar dan pesanan ringkas multimedia (MMS), Kamshul menambah, pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan itu bulan depan.
sumber: Utusan Malaysia Online
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
uuiii...ada yg baru..
hahaha..tajuk tu terbaik..:D
orang sayang nak tukar no.. nak pkai line lain kalau line limited tak best jugak
Tips supaya blog sentiasa diingati
Kenangan lahir 80-an
Ada apa dengan dara
khalis datang ziarah di sini
wah...kite pun dah ade line sendiri...bangge2..tapi kalau nak tukar tu...susah la kot..haha
@fadwa daud
wat tajuk suspen skit.. haha
@mykhalis
line limited cmne ek en.khalis.. xtaw plak.. nak tukar no leceh plak,p klu klu bole transfer no lame ke plan y baru ni pun okay jgk kan..
@MiSz fiFiEyQa
npe cik fifieyqa.. takut no lme hilang ke,pkai j la no lme 2 untk plan ni.. sy rsa bole k0t..
ebat aa. bagus2.
tp ade ke pelan activ10 cm kt hotlink, ngan 8pax kt clcom ?
kire pasaran khusus utk 19-29thn tu cm upax clcom ngan youth club maxis ke?
aah la, kalao line limited, susah jgk. kalo masok kt area2 kampong2 tu, ssh lak nk dpt line t en. l maklum la, baru lg en. maxis/clcom yg dh lame hidop ni un, ssh nk dpt line kt certain tempat.
nmpak nye, kne tggu jgk 10thn akn dtg nk pkai ni..^______________^
@wannurakmal
psal limited line not sure la.. rasanya mngkin baru lagk..
pasal paln 8pax atau UOX 2 xpasti ada x..
rasanya mngkin ada,dia da specified umur,so mngkin ada advntge masing2..
apa2 pun klu plan ni murah nak jgk try, supprt compny Muslim kita.. :)
@Ibnushukran kalo lagi murah, memang rugi aa tak pakai. tapi okae wat, murah jugak, 20sen/min dr co. laen.. okaeh. kalo much more btter pani, memang sapot hingga ujong nyaawe. :]
@wannurakmal
hingga ujung nyawa ekk.. haha.. apa2 pun kte try pkai dlu, klu best apa salahnya kan..
boleh try nih
@Anak Ulu Cheka
try jgn xtry en. AUC.. hehe
suspennyer tajuk huhu
@ms dyana
sje wat suspen skit.. hehe