4

Dr.MAZA: Ponco-ponco tidak wajar diharamkan.

Filled under : Info Islam

Assamualaikum
SS Mufti perak dan jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengharamkan tarian ponco-ponco kerana dikatakan ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan roh dan bercirikan agama Kristian.

kita baca ulasan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai isu ini :


SS Mufti Perak, Yang Bahagia Tan Sri Harussani Zakaria telah mengharamkan tarian poco-poco atas asas ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan ruh dan bercirikan agama Kristian. Pihak beliau mungkin ada alasan yang tersendiri. Namun, dengan menghormati hak Negeri Perak, SS Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, izinkan saya ingin memberikan pandangan mengenai hal ini. Ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain.
Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;
• Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari: Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat.

• Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari). Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.
• Muslim hendaklah tahu tentang tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.

• Atas asas ini — pada pandangan saya — tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.
• Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, kata tae-kwondo dan pelbagai lagi.
• Untuk itu, dengan menghormati SS Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.
sumber: LAMAN KL-TODAY 

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

4 comments

  1. mykhalis April 3, 2011 at 2:25 PM

    sebagai orang pahang no komen..biarlah orang lebih arif pasal agama wat keputusan..dah muktamad,,patuh.. algipun dalam keluarga Khalis takde pun yg berpoco poco nie..

    Ada apa dengan DARA

    Best Blogger Tips
  2. Afzainizam April 4, 2011 at 12:59 AM

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    betullah tue. ulamak sebagai panduan. diri sendiri yang membuat keputusan – nak jadi jahil tuke@ orang Islam yang berfikir dan mencari jawapan?

    sekiranya para ulamak kita lebih memahami asal-usul tarian poco-poco ni sebenarnya dari Ambon Indonesia mungkin lah ijtihad yang dia keluarkan berlainan.

    kalau tidak, kenapa Indonesia begitu marah dan katakan tarian poco-poco adalah hak Indonesia bila ramai rakyat Malaysia termasuk jabatan Kerajaan gila menari poco-poco? mesti ada sebabkan. kalau takde angin masakan pokok bergoyang.

    Best Blogger Tips
  3. aen ashiqin June 1, 2011 at 6:57 PM

    kita tidak harus berpikiran sempit..kalau untuk bersenam untuk diri sendiri tanpa mengikut amalan lain tidak salah. kalau dulu tempat kerja jarang orang nak bersenam, selepas ada tarian poco2 setiap petang semua menari poco2 untuk sehatkan badan sambil merapatkan silaturrahim..dari segi itu anda rasa haram ke???
    kalau pikir baik,baik la jadinya..kalau pikir jahat,jahat la jadinya.

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran June 1, 2011 at 7:46 PM

    bagi sy.. semua diatas niat,tp niat itu juga perlu dilihat ijtihad jumhur ulama.. jika mereka sepakat mngatakan haram,maka ianya jelas haram.. tp dalm kes ni, knyataan ustaz asri wajar bhawa ponco-ponco tidak sewajarnya diharmkan.. benda ni sbnarnya satu senaman,rakyat kita pun xtaw dan tak berniat lngsung nk ikut bdya kristian atau agama lain.. ia pun mnyihatkan badan..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat