Assalamualaikum
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
DOSA DAN BAHANA DALAM FACEBOOK ???..
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
- pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka
- berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung sebagai pelepas tekanan di dalam diri
- pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
2) Terlebih gambar
- wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya
- lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
3) Penyamaran
- lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
- Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir
- Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan
- terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
yang mana lagi molek di pandang..
Membuka aurat di dalam gambar Facebook adalah haram bertepatan dengan nas-nas Al Quran di atas.
Perempuan ini di ibaratkan seperti coklat yang berbungkus. Diluar nampak biasa dan tidak cantik, bila dibuka barulah kita dapat rasai kecantikan yang di miliki perempuan. Jika pembungkus coklat sudah terbukak, nampak isi dalamnya, pasti kita pun sudah tak nak.
Bila sudah biasa kita pegang, gigit, kunyah, ramas dan makan coklat tersebut, semestinya bila di buka pasti tidak dapat merasai kenikmatan coklat tersebut. Begitulah juga manusia ketika melangkah ke alam perkahwinan kelak, pasti tak nak selera kita sudah habis ketika di alam percintaan.
Jaga perhiasan kamu selagi mana tidak datang halal kepada kamu iaitu dengan NIKAH.
Story by Ibnushukran
Tags: Info Islam
entry yang bagus ibnu shukran... teruskan usaha jaya bakti dalam berdakwah ya..
err nak jawab soklan tu ble??=)
p: masyaallah.. nauzubillah..
l: alhamdulillah... uiii...
hehe..
@~nsar~
thanks sis Nsar..
InsyaAllah sy akan istiqamah..
jawapan 2 memmng terbaik.. hehe..
thanx for the reminder..memang zaman skarang ni mcm2 leh jd..sedih jugak ble tgok kwn2 yg dulu pakai tudung..tapi tgok kat fb x pakai plak..papepun saye kena jugak muhasabah diri sendiri..hehe..
@MiSz fiFiEyQa
biasanya mmng ramai y dulunya elok, bile masuk u jdi lain,culture shock.. lagi2 stdnt skul agama,kbnyakannya..
p sy xley ckp orang teruk,sy pun akn sntiasa perbaiki diri jgk.. sma2 kita muhasabah diri.. :)
betul... yang tu sokong.. memang ramai jenis masuk u terus culture shock..
dan kebanyakan yang sekolah agama ni plak... tak tau nak cakap.. camna tah pk... sampai tahap lebih teruk dari orang yang tak sekolah agama..
(bukan semua maksud sy)..
yang jenis buka tudung tak payah crita la.. sebab senang crita nya.. hehe..
apa-apa pun.. selagi kita mampu untuk terus menguasai diri.. selagi iman kita berjaya untuk menjadi pendinding dan selagi nafsu tak dibiar bermaharaja lela.. insyallah pasti dilindungi....
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
enjin wira enjin apa lepas jpj
Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.
Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.
@~nsar~
kadang2 alasan sbb berubah ialah kt skul dlu kawan ada,skul banyk mjlis2 ilmu, baca mathurat berbnding kt luar ni semua 2 kne wat sndiri..
so, caranya,amalkan semula mathurat, baca Al Quran hari2.. InsyaAllah kita boleh tetapkan iman kita dari mlakukan perkara2 yang mungkar..
paling penting jgn tnggl solat,xde solat,syaitan senang cucuk kita..
nasihat kpd sy terutama dan semua.. :)
@Afzainizam
betul bro afzainizam.. di dalam Islam telah di ajar mnutup aurat di dalam solat, di luar solat, aurat bagi yang sudah bersuami dan aurat secara umumnya..
di dalam hadith nabi klu xsilap sy.. tidak akn muncul kiamat selagi wanita berpakaian walahal dia hanyalah BERBOGEL.. pakai jilbab yang di syariatkan kpd kita..
Rasulullah bersabda :
“Akan ada nanti di kalangan akhir umatku para wanita yg berpakaian tapi hakikat mereka telanjang
Kemudian beliau bersabda ;
“laknatlah mereka krn sesungguh mereka itu terlaknat”.
Kata Ibnu Abdil Baar t: “Yang dimaksud Nabi dlm sabda adlh para wanita yg mengenakan pakaian dari bahan yg tipis yg menerawangkan bentuk badan dan tdk menutupi mk wanita seperti ini istilah saja mereka berpakaian tapi hakikat mereka telanjang”.
adakah BETUL pakaian kita sekrang???.. jgn tngok orang lain,betulkan diri kita bersama.. InsyaAllah.. :)
thanx 4 remind bout this. actually byk je video or artikel da kuar psal letak pic kat fb ni tp asyik pndg sblh mata je. rpenye, ade sbb knape xley letak pic2 ni.
my opinion, girls suka sgt letak pic mereka yg terbaik coz nk attract guys, whether to puji dorg or nak bg bf mereka bangga dengan 'lihat-aweks-aku-cun-dan-hot-tak-macam-awek-ko'. tp actually bkn sume guys ske sgt tgk pic2 dorg tu. wallahua'lam.
btw, ade jugak guys yg ske sgt letak pic shirtless dan pkai short kt fb. tu pn kne bg nasihat jugak. ingat guys xde aurat pe. girls pn geli je tgk. just my thought. wallahua'lam.
syukran.
betul 2.. sy rsa pun dorang mmng nk bgi orang cakap.."ish lawa gler awek ni".. xperlu k0t seme 2, jdilah seperti anggur yang ranum di dalam bnkusannya shaja..
Allah berfirman :
“Katakanlah kepada wanita-wanita yg beriman: hendaklah mereka menundukkan pandangan mata dan menjaga kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yg biasa nampak darinya. Hendaklah mereka meletakkan dan menjulurkan kerudung di atas kerah baju mereka
tidak sedar akan membuka aurat kita adlah haram.. FB ni terlalu open dan mudah di salah guna,so elakkan gambar kita di fitnah oleh orang len.. ingatan pd diri sy dan kawan2.. :)