Assalamualaikum.
Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan yang dibuat setakat ini.
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu.
"Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah telur tulen. Bagaimanapun mana-mana pengguna atau persatuan pengguna yang mempunyai telur tiruan kita minta mereka serahkan kepada jabatan dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini," katanya kepada pemberita di sini.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus. Merujuk kepada kes itu, Abd Aziz berkata telur itu berkemungkinan adalah telur yang rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual kepada pengguna.
Beliau berkata bentuk yang agak berlainan tidak bermakna ia adalah telur tiruan, manakala jenis makanan atau antibiotik yang diberikan kepada ayam juga boleh menyebabkan telur itu sedikit berbeza. Bagaimanapun, Makmal Kesihatan Awam di Salak Tinggi, Selangor akan menjalankan kajian terhadap telur-telur itu bagi memastikan kandungannya selamat dimakan, katanya.
Abd Aziz berkata untuk menghasilkan telur tiruan yang rupanya hampir sama dengan telur asli memerlukan kos yang begitu tinggi termasuk untuk penyelidikan yang baik, sedangkan telur tulen dijual dengan harga yang begitu rendah di negara ini iaitu sekitar 32 sen sebiji bagi gred terbaik (AA).
Beliau turut menolak kemungkinan telur tiruan itu dihasilkan di negara lain dan diimport ke negara ini kerana Malaysia tidak membenarkan pengimportan telur kecuali bagi tujuan pembiakan. "Ini kerana telur yang dihasilkan di negara ini lebih dari keperluan rakyatnya iaitu 23 juta biji sehari," katanya.
sumber:Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) dan iluvislam.com
ibnushukran :
Pada entri sebelum ini sy ada membuar artikel mengenai telur tiruan[CLICK HERE]. Jadi sy khuatir berita mengenai telur ini menjejaskan hasil rezeki peniaga runcit mahupun peniaga telur di Malaysia. Sy memohon maaf jika terjadi permasalahan tersebut. Sy cuma bimbang dan mengambil berat masalah kesihatan rakyat di Malaysia. Setakat ini InsyaAllah telur tiruan belum terdapat di Malaysia, jadi pengguna jangan bimbang dan teruskan membeli seperti biasa. okay.. peace.. Assalamualaikum.. :)
Story by Ibnushukran
xpe,cik maafkan..hik3
@Cik Teddy
thanks..
ada juga yng sudi memaafkan.. hehe
da mcm wartawan lak En Ibnushukran nie ye...;)
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
pilihan motorsikal kupcai terbaik
kenapa la cipta bahan makanan, cuba cipta petrol tiruan ke....tenaga elektrik tiruan ke..
@princess taiping
aah la pricess taiping.. hehe..
blog ni mmng diwujudkan sbg medium berita,dakwah dan sbgainya.. :)
@Afzainizam
china terkenal dngan brangan handphone tiruan.. ni nk jgk try telur tiruan.. kesian anak ayam diduakan.. hehe
semnjak bca post kat sinila khalis tak pernah makan telur dah..saya nak saman owner blog nie..wahahahaha
@mykhalis
en khalis antara mangsa2 telur tiruan la ni.. haha..
xpe,sy dah lntik karpal singh untuk backup saman malu.. haha