7

Awas! Sos ada DNA BABI!

Filled under : Berita Semasa , Info Kesihatan dan Pemakanan


~ASSALAMUALAIKUM~

[HM] IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.




Bagaimanapun, katanya, aspek penguatkuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.
“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.

“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.

Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.

HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya.

[SUMBER]








p/s: saya sebelum ni tak pernah tengok dan pakai pun sos ni.. tapi menurut kawan serumah yang dalam kitchen hotel ada yang memakai sos ni.. klu disahkan haram harap pihak yang memakai sos ini segera memberhentikan pemakaian sos ini.. khuatir mendatangkan haram dalam makanan kita..






Wassalam..







Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa , Info Kesihatan dan Pemakanan

7 comments

  1. schaze zainn August 19, 2011 at 3:11 PM

    sekarang ni benda kene jaga-jaga kalo tak habis lah..huhu

    dah mcm2 cara org2 kafir cube nak sesatkan umat islam ni.hmm

    Best Blogger Tips
  2. ieda =.= August 19, 2011 at 3:30 PM

    1st tima tengok sos ni.
    syieda jarang makan sos or kicap..hihi

    Best Blogger Tips
  3. CikTeddyCorner August 19, 2011 at 9:29 PM

    cik baru bace berita ni dkat metro td..
    herm,bhaye btol skrg ni kan?

    Best Blogger Tips
  4. dzafira August 19, 2011 at 9:36 PM

    Tak pernah tengok jugak sos jenama ni... kalau pernah tertengok pun, memang tak beli la... tengok jenama pun dah pelik semacam.. Hotel kepunyaan org cina mane kisah pasal penggunaan sos ada dna babi ke tak...

    Best Blogger Tips
  5. rafina mimi abdullah August 19, 2011 at 11:51 PM

    pertama kali tengok sos ni..biasa makan sos cili keluaran syarikat maggie tu je..erm..sos dalam gambar kat atas tu memang langsung x pernah tengok..kalau tengok pun x kan beli punya pasal tengok botol pun dah rasa ragu2..huhu

    Best Blogger Tips
  6. Afzainizam August 21, 2011 at 3:09 AM

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tayar motorsikal pancit
    “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

    Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

    Best Blogger Tips
  7. Anonymous May 11, 2014 at 9:33 AM

    Angkara pak turut dajjal lah ni.nk krongker mknn.mnyebarkn kemudaratn.

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat