~ASSALAMUALAIKUM~
Kalau dibilang berapa biji kurma yang korang dah makan sepanjang puasa di bulan Ramadhan ni, mesti korang boleh jawab sebab kebiasaannya kita mesti makan time berbuka dan bersahaur sahaja. Mungkin 2-3 biji ketika berbuka dan 2-3 biji lagi ketika bersahur. Betul tak...
Apa pun Kurma yang menjadi makanan masyarakat Arab pada zaman dahulu iaitu ketika zaman kegemilangan Islam, zaman Rasulullah saw dan zaman sebelumnya. Kini masyarakat kita juga menjadikan kurma salah satu daripada buah kegemaran mereka kerana selain rasanya yang agak manis, kurma ini juga sangat tahan lama walaupun tidak dimasukkan kedalam peti ais.
Kurma diciptakan Allah swt dengan khasiat yang sangat tinggi untuk kesihatan jasmani kita. Kajian perubatan antarabangsa membuktikan bahawa khasiat kurma memang tinggi dengan wujudnya unsur zat besi dan kalsium di setiap buah kurma.
Riwayat khasiat buah Kurma dan Kismis
Kurma
Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Kismis
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

Wassalam..
Story by Ibnushukran
syieda makan kurma baru 3 biji di bulan ni..sedihnye...T___T
pas ni nak beli YUsuff taiyob la..sedap kurma die..^_^
seyez saya TAK makan kurma sebelum ni. dari kecik takde orang ajar mkn, bila dah besar nak paksa2 memang harapan la. but somehow Ramadha kali ni disebabkan sakit perut tak boleh makan nasi mase sahur last week, tergerak pulak hati nak makan kurma. dan alhamdulillah, boleh pun telan 2-3 biji time tu. hehe..
dan sekarang kalau susah nak lawas pun ayah suh makan kurma (sebab ayah cakap kurma banyak serat) dan insyaAllah, perut ok je pastu. =)
besar khasiat kurma sebenarnya,....
dulu masa sekolah hari2 taram kurma
siang malam..