~ASSALAMUALAIKUM~
[BERNAMA] KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter' keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan JAKIM dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Johor pada 8 Ogos lepas.
Sehubungan itu, JAKIM menegur media yang menyiarkan maklumat atau memaparkan gambar produk selain keluaran syarikat beralamat di Allen Street Morrinsville 3340, New Zealand berkenaan, katanya dalam kenyataan Jumaat.
Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu, yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis, sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA babi, menyebabkan industri makanan berkenaan terjejas.
p/s: pesanan buat makcik2 yang buat kuih, tengok dan siasat dulu jenis mentega apa yng digunakan, takut menghasilkan kuih dari sumber makanan yang haram.. pakai je Planta or Butter cup.. betul kot ejaan tu, orang lelaki buat mentega nk makan ngan roti je, tu je yang taw, senang untuk dimakan.. hahaha
Wassalam..
Story by Ibnushukran
susah sgt kita cetak platinum churn plak... dijamin HALAL.. hu3
kne hati2 nk beli something skarang ni...sebab makanan yg jd darah daging kita...
entry terbaru;upin ipin penipuan orang yahudi???
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit
Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman di dalam al-Quran;
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)