2

Travel Ramadhan: Fish Spa atau Terapi Ikan di Batu Feringgi, P. Pinang (13 gambar)

Filled under : Pelancongan

~ASSALAMUALAIKUM~


Travel Ramadhan kali ni saya bersama kawan-kawan pergi ke Pulau Pinang, dekat je pun.. haha.. 
kami ber Shopping Raya!!!
Permulaannya kami adakan berbuka puasa beramai ramai di Queensbay, Pulau Pinang dan kemudian di sebelah malam kami bergerak ke Batu Feringgi. Di tengah malam di sana akan diadakan satu pasar panjang yang menempatkan barang jualan yang murah. Antara barang yang djual ialah pelbagai jenis baju, cermin mata, minyak wangi, perlbagai aksesori dan yang menariknya ialah di sana harganya boleh dikatakan murah. Di sini merupakan salah satu daya tarikan pengunjung luar dan memang ramai akan berkunjung di sini.

Apa yang nak diceritakan pada entri ini ialah kami telah melakukan Fish Spa di sana dan ini merupakan pengalaman pertama saya dan kawan2. Bayaran untuk melakukan spa ini ialah Rm 5/ setengah jam. Ini merupakan harga promosi di sini, klu di tempat lain memang tak dapat harga macam ni taw, paling kurang pun mungkin 15 inggit dan keatas.

Serius cakap buat Spa ikan ni memang geli gler, kitorang jerit2 macam perempuan dah kt dalam tu. Orang kt dalam boleh plak gelakkan kitorang, ingat muka ganas dan macho ni tak de perasaan geli ke .. hua2.. 
memang rasa geli la mula2, p klu korang dah masukkan kaki korang dalam masa 5 minit, korang dah boleh terima kerja2 ikan ni. 

Lupa nk bagitaw, menurut aunti kedai ni, dia cakap ikan ni dibeli dari Turki dan ikan ni bernama Garra Rufa. Ikan ni sebiji macam ikan Telapia klu kt Malaysia, mungkin ikan Telapia kt Turki suka makan kulit mati orang kt sana kot.. ish3.. xde makanan lain dah ke.. hehe.. saya selalu terfikir, memang setiap ciptaan Maha Besar, Allah swt pasti ada hikmahnya.. SubhanaAllah.. macam ikan ni la, bukannya dia gigit suka2 hati dia, dia nk bersihkan kaki tu, dia hilangkan sel kulit mati kaki korang, lagipun best kene gigit, .. rasa macam kaki kebas, rasa macam kene cubit pun ada!..

Nak tengok video kami menjerit, geli geleman kaki kitorang dibuatnya, terus hilang kejantanan time tu.. hahaha.. bersama housemate Anas, Zaim dan Hilmi..






















Jom la ramai2 kita ber Fish Spa.. memang satu pengalaman yang sangat best..
kalau first time korang buat tak menjerit mesti tipu punye lahhh!!!..
tapi tak tahu la klu korang tak de perasaan geli.. ;p


apa pun Spa Fish terbaik, urutan terbaik dari golongan ikan2 di dunia..
Terima Kasih ikan Garra Rufa!





INFO: Terapi ikan

  • Ikan Garra Rufa boleh membesar sehingga 19 sentimeter dan tidak boleh digunakan untuk rawatan ketika mencapai ukuran tujuh sentimeter. Ikan ini berharga RM25 setiap ekor


  • Boleh hidup dalam suhu air antara 37 sehingga 43 darjah celsius.


  • Terapi ikan ini adalah alternatif kepada rawatan sakit kulit kronik seperti ‘psoriasis’ yang menyebabkan kulit menjadi merah dan bersisik.





  • Nak tahu dengan lebih detail kaedah dan info Fish Therapy ni, korang boleh buka sini Terapi Ikan dan My Own Fish Spa



    Wassalam..







    Related Posts by categories



    Story by Ibnushukran

    Tags: Pelancongan

    2 comments

    1. fadwa daud August 22, 2011 at 12:09 AM

      waaa..ni yang xcited nak jadi org penang ni..hahaha:D

      Best Blogger Tips
    2. Ibnushukran August 22, 2011 at 12:42 AM

      @fadwa daud

      g usm kan fadwa.. lagi dekat tu.. hri2 ley g spa ikan.. haha

      Best Blogger Tips

    Leave a reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog Menarik

    Waktu Solat