1

Perlawanan EPL ditunda gara-gara rusuhan di London

Filled under : Info Sukan


~ASSALAMUALAIKUM~
Keghairahan peminat sukan bola sepak dunia terutamanya EPL yang sepatutnya berlangsung pada hari esok terhenti kerana rusuhan di London yang masih lagi belum reda. Rusuhan yang saya jangkakan hampir masuk seminggu telah banyak menghancurkan sekitar bandar kota London.

Berita Penuh
PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL), esok di antara Tottenham Hotspur dan Everton di White Hart Lane ditunda, semalam sebagai langkah keselamatan gara-gara rusuhan yang tercetus di London, baru-baru ini.
Apa pun, sembilan lagi perlawanan liga termasuk kunjungan juara bertahan, Manchester United ke West Bromwich Albion difahamkan akan diteruskan seperti dijadualkan.
Pengerusi FA England, David Bernstein berkata: “Kami menyokong penuh keputusan pihak polis. Ada kalanya kita tidak ada pilihan dalam situasi seperti ini.”
Keputusan itu turut disokong kapten Chelsea, John Terry apabila berkata: “Semua pemain terbabit dalam EPL mahukan ketenteraman semula di London dan harap kita akan mendapatnya.”
l Dalam perkembangan lain, Liverpool bersetuju dengan yuran pembayaran bersama Newcastle United mendapatkan khidmat pemain pertahanan Sepanyol, Jose Enrique, semalam.
Liverpool tidak memberi butiran kewangan tapi media tempatan melaporkan pemain bek kiri berusia 25 tahun itu yang menyertai Newcastle pada 2007 akan berpindah ke Anfield dengan nilai 6 juta pound (kira-kira RM30 juta). – Agensi[SUMBER]


p/s: tengah hangat sekarang ni dengan perpindahan bintang2 terkemuka dunia.. tp klu dah rusuhan ni still lagi tak dihntikan, tak dapat la tngok.. rindu la EPL..  harap minggu depan dah boleh start games.

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Sukan

1 comments

  1. Afzainizam August 14, 2011 at 4:23 PM

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip servis motorsikal kupcai scooter

    Ini lahh bahana rusuhann bukan menyenangkan banyak buruknya sebenarnya

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat