3

Proton Saga S16 Versi Facelift Saga FLX di pasaran Australia Nov 2011

Filled under : Berita Semasa

~ASSALAMUALAIKUM~


Proton Saga merupkan keluaran syarikat proton yang telah mengeluarkan edisi kedua Proton Saga setelah lamanya selepasa edisi pertama ketika tahun 1985. Edisi yang kedua ini telah dilancarkan oleh Pak Lah pada tahun 2008 dengan nama Proton Saga BLM. Ketika itu harga saga ini di antara Rm 31,500 sehingga Rm 39,998. Proton Saga ini dikeluarkan dengan menggunakan enjin Campro 1.3 Liter yang dibangunkan proton. [SUMBER] 

Selepas itu Proton Saga  edisi kedua telah dikeluarkan iaitu Proton Saga FLX dan dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2011 dengan harga RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive) dan Varian manual Standard berharga RM38,598.00, manakala varian manual Executive berharga RM42,398.00(harga ketika pengeluaran pertama)

Itu la sedikit sebanyak info mengenai Proton Saga, dan saya baru dapat tahu bahawa di Australia juga terdapat syarikat Proton juga. Mereka juga melancarkan Saga S16 versi facelift Saga FLX yang ada di Malaysia sekarang.

Mengikut maklumat yagn saya cari, Proton Saga S16 telah berada di pasaran Australia pada tahun 2009 dan menjadi kereta sedan kompak yang paling murah di sana.





Berita selanjutnya





Menurut laporan dari Australia, Proton S16 akan menerima versi facelift terbaru dan akan mula dijual di sana mulai November 2011. Versi facelift Saga FLX yang akan menggantikan model S16 bukan saja tersedia pilihan kotak gear CVT keluaran syarikat Punch Powertrain dari Belgium, malah ia juga akan memiliki ciri keselamatan baru iaitu Electronic Stability Control (ESC), ciri yang tiada pada model Saga FLX di pasaran Malaysia.
Model semasa Proton S16 di Australia boleh didapati dalam tiga varian, G, GX dan GXR. Varian G dilengkapi enjin 1.3 liter (transmisi manual sahaja) manakala GX dan GXR memiliki enjin 1.6 liter. Memiliki reputasi sebagai sedan kompak termurah di sana, kemaskini terbaru yang akan diterima nanti selain ESC dan transmisi CVT ialah dwi beg udara, ABS dan EBD.

Berkemungkinan besar S16 facelift terbaru turut menerima varian 1.6 liter dengan gear CVT, memandangkan versi FLX 1.6 CVT akan dilancarkan  di Malaysia tidak lama lagi. Namun alangkah baiknya jika Saga FLX dengan transmisi CVT di pasaran tempatankhususnya untuk rakyat Malaysia, terutamanya varian 1.6 liter, turut dilengkapi ciri keselamatan penting seperti ESC. [SUMBER]  






Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

3 comments

  1. nurmisnan August 16, 2011 at 11:11 PM

    sure org Australia tangkap satu coz murah

    Di Brunei harga kereta memang rambang mata
    coz tax tak mahal... gerammmmm jer

    Best Blogger Tips
  2. hussein mubaeraq November 23, 2011 at 7:35 PM

    menurut pengalaman saya,semasa proton gen.2 baru dilancarkan pada sekitar 2004,beberapa customer di kuching telah meminta pihak proton edar memasang beg udara pada gen.2 mereka.sebab akhir 2005 baru gen.2 yang ada beg udara+ABS EBD di jual di malaysia.senang ceriterr,buat demand and proton akan penuhi.jangan bimbang,proton is better still generous kepada pelanggan...

    Best Blogger Tips
  3. hussein mubaeraq November 23, 2011 at 7:39 PM

    menurut pengalaman saya,semasa proton gen.2 baru dilancarkan pada sekitar 2004,beberapa customer di kuching telah meminta pihak proton edar memasang beg udara pada gen.2 mereka.sebab akhir 2005 baru gen.2 yang ada beg udara+ABS EBD di jual di malaysia.senang ceriterr,buat demand and proton akan penuhi.jangan bimbang,proton is better still generous kepada pelanggan...

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat