0

Jari Terputus digergaji, Digantikan Dengan Ibu Jari Kaki.

Filled under : Berita Semasa



Seorang bapa yang tidak sengaja terpotong ibu jari tangan kiri akhirnya berjaya menggantikannya dengan menggunakan ibu jari kaki kiri melalui pembedahan.

James Byrne,29, menjalani pembedahan 8 jam pada dua bulan lepas untuk menyambung kembali jari yang terputus ketika menebang pokok.

Doktor yang terlibat bertungkus lumus untuk menyelamatkan ibu jari tangannya namun darah tidak mula mengalir meskipun telah menjalani rawatan lintah.

Mereka akhirnya terpaksa mengambil langkah yang jarang dilakukan iaitu dengan memotong ibu jari kaki kiri dan disambungkan ke tangan kiri James.


" Mereka semua menunjukkan reaksi berbeza, ada yang mngatakan ianya kelakar dan ada yang sedikit jijik." James berkata.

" Mereka bertanya kepada saya, apa yang telah awak buat pada ibu jari awak, ianya nampak besar dan bengkak. Mereka tak percaya bila saya katakan ia sebenarnya ibu jari kaki saya"



Dia berharap dapat kembali semula berkerja pada tahun baru ini kerana kerjanya sebagai penurap dan operator loji yang memerlukan tangan dalam kerjanya.

Dia menambah: " Saya tak pernah terfikir ini akan berhasil tetapi pasukan bedah dan jururawat berjaya lakukannya dengan hebat sekali. Saya gembira semuanya telah berjaya.- The Sun






Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat