2

Pergolakan Di Mesir-Kapal,Pesawat Jadi Penyelamat

Filled under : Berita Semasa


Assalamualaikum

Sehingga hari ini pergolakan dan rusuhan di Mesir masih lagi tidak reda.

Kita di Malaysia ,ibubapa sangat bimbang akan keselamatan anak-anak mereka dan semua pelajar kita di sana.

Lapangan terbang disekat,kedai ditutup,bekalan makanan terputus,perhubungan internet terputus.
Segalanya merisaukan kita semua.

Tindakan telah pun diambil oleh oihak kerajaan bagi membawa pulang pelajar kita kembali ke Malaysia.

Semoga Allah swt permudahkan jalan kita untuk membawa pulang mereka.

Semoga kita berdoa semoga pergolakan ini reda.
Bersama kita berdoa.
InsyaAllah.. :)

Assalamualaikum..





Berita penuh :-

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.
“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.
Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.
“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok (hari ini) mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas itu,” katanya.






Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

2 comments

  1. Ruqaiyah Yusof February 3, 2011 at 6:09 PM

    huh..like this article~~

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran February 3, 2011 at 11:09 PM

    like.. huhu.. sme2 la kte brd0a.. :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat