0

Perodua Bezza Concept

Filled under : Berita Semasa

Assalamualaikum
Salam peminat kereta tanah air.
Perodua sekali lagi tampil dengan model terbaru Perodua Bezza.
Namun masih lagi kereta konsep semata-mata.
Kita tunggu saje tindakan pihak Perodua untuk memasarkan kerta Bezza ni.

Bagi aku la, memang smart la, nice dan memaparkan bahawa Malaysia juga mempunyai kemahiran
didalam penciptaan dan pembuatan kereta yang seiring dengan negara-negara pengeluar yang maju seperti Jepun, Korea, Itali dan banyak lagi. Pembuatan kereta Bezza ini merupakan 100% dari designer kita sendiri.

Agak lambat aku dapat berita,adooii malunya.. tp ak nk jgk wat entri ni.. hehe
jangan mara ek,t kne jual... ^_^








 Berita penuh:

12 FEB 2011
RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.
Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.
Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.
Antara persoalannya ialah adakah kenderaan yang direka dengan kepakaran tempatan itu akan direalisasikan menjadi salah satu barisan model keluarannya atau ia akan hanya terus kekal menjadi kereta konsep semata-mata.
Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar kecil), syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap model kereta tersebut tetapi pihaknya perlu membuat kajian yang mendalam mengenainya terlebih dahulu selain menerima maklum balas daripada pengguna.

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat