0

Apa Hukum Menyambut Velentine's Day??

Filled under : Info Islam



Assalamualaikum..


Bulan Februari sememang semua orang maklum tentang HARI KEKASIH atau VELENTINE'S DAY.


Apa hukum kita kenyambutnya???..




14 FEBRUARI






Terdapat tiga pendapat mengenai kedatangan atau kemunculan peristiwa HARI KEKASIH ini :




Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan
14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewidewi
Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu
perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut,
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.
Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih
akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.


Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine
dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh
Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan
semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam
peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah
mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.
Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang
akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14
Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka
14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai
upacara keagamaan.


Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama
seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu
Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di
tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat
untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu
kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan
rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang
tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi
sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil
keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka
Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan
14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.






Mengikut daripada sejarah tersebut ,sudah ternyata bahawa sejarah VALENTINE'S DAY 
datangnya daripada kaum Kristian. Malah bagi mereka acara menyambut Hari Kekasih 
ini merupakn satu ritual di dalam agama Kristian.





Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat
lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman,
hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri
bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal
melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan
Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;





“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah
sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini
sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya
meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang
melibatkan aqidah Islam.


Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai
identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu
penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta
tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan
umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan
akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;


“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi
aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)




Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan
menyambut Hari Valentine’s Day adalah HARAM dan bertentangan
dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari
Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.




So, kalau tak sabar sangat nak meraikan sesuatu dengan pasangan 
lakukanlah dengan jalan yang halal dan diredhai oleh Allah swt..


Caranya senang bangat.. nikah dan kahwin.
Lepas nikah buatlah walau apa sahaja dengan pasangan anda selagi tidak 
bercanggah dengan hukum syara'.


okay.. j0m kawen... hehehe.. :)

Assalamualaikum..


Sumberwww.islam.gov.my dan ihsan gambar dari www.iluvislam.com


Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat