0

Giliran Maghribi selepas Mesir

Filled under : Berita Semasa


Pergolakan di TUNISIA sudah lama terhenti 
Pergolakan di MESIR sudah pun reda
Pucuk pimpinan cacat akhirnya tumbang
Kini nasib sama menimpa pucuk pimpinan MAGHRIBI
Semua ini adalah dasar reformasi politik
Tahap kesabaran rakyat juga ada hadnya
Dimana letaknya keadilan
Pemimpin dasar kuku besi..makan harta rakyat..rasuah
ISLAM tidak pernah mengajar semua itu
Kembalilah kepada cara kepimpinan RASULULLAH SAW
KHALIFAH AR RASYIDIN
Berpeganglah pada AL QURAN dan AS SUNNAH
Berlandaslah di landasan SALAFUSSOLEH
ISLAM segalanya
ISLAM agama yang ADIL
 Assalamualaikum

Berita penuh kosmo :

RABAT - Ribuan orang berarak di bandar-bandar di Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan kuasa raja dihadkan.
Ia merupakan tunjuk perasaan terbaru yang berlaku di kawasan Afrika Utara selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir akibat desakan penunjuk perasaan.
Lebih 2,000 orang berarak di jalan-jalan raya di Rabat dengan menjerit slogan perubahan.
Di Casablanca yang merupakan bandar terbesar di negara tersebut, lebih 1,000 orang berhimpun bagi menuntut lebih banyak kebebasan, maruah dan keadilan.
Tunjuk perasaan yang diadakan pada waktu tengah hari itu berlangsung dalam keadaan aman.
"Saya mahu Maghribi yang lebih adil dan kurang korup," kata salah seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya didedahkan di Casablanca.
Ribuan golongan muda di Maghribi menyertai akaun Pergerakan 20 di laman sosial Facebook bagi menuntut perlembagaan baru digubal bagi mengurangkan kuasa raja dan lebih banyak keadilan sosial dilakukan.
Maghribi diperintah oleh Raja Mohamed VI. Negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 7 April 1956. - Agensi



Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat