0

Gadis 17 Tahun Seberat 254kg

Filled under : Berita Semasa


Assalamualaikum
Semua sedia maklum dengan masalah kegumukan atau obesiti. Obesiti merupakan masalah yang sering terjadi di negara kita. Masalah ini boleh mengakibatkan penyakit jantung , strok, tekanan darah tinggi, diebetis dan kanser. Gemuk pun comel apa, tp masalah bukan comel atau tak comel.. masalah kesihatan turut terganggu jika kita mempunyai berat badan yang berlebihan.. mai cek BMI masing2 .. kalau tak normal jom lah kita bersama turunkan berat badan kita.. okay.. jangan mencemuh orang berbadan besar.. tolonglaaa k .. kita kt dunia ini sama sahaja.. tidak kira badan, harta, pangkat, darjat ataupun paras rupa.. yang berbeza kan kita di dunia ialah ketaqwaan kita disisi Allah swt.. sama2 kita beringat dan pertingkatkan amalan kita bersama..
InsyaAllah.. :)

"AKAL YANG SIHAT DATANG DARI BADAN YANG SIHAT"

Berita penuh Kosmo :

ABERDARE, Wales - Berat seorang gadis berusia 17 tahun, Georgia Davis mencecah sehingga 254 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Georgia, punca dia gemuk adalah kerana tekanan yang menyebabkan dia makan terlalu banyak.
Gadis itu akan meninggal dunia jika dia terus dengan tabiat pemakanannya.
Bagaimanapun, kata Georgia, dia kini berusaha untuk mengurangkan berat badannya.
"Saya tidak berusaha untuk memikirkan mengenai berat badan saya kerana ia akan menyebabkan saya berasa panik dan ia membuatkan masalah pemakanan saya akan menjadi lebih serius," katanya.
Georgia akan menutup cermin dengan kain di bilik tidurnya bagi mengelak dia melihat tubuhnya.
Gadis itu cuma keluar sehari seminggu dan kerap makan makanan segera pada waktu tengah hari.
Berat badan Georgia bertambah 44.45kg semasa dia berumur 15 tahun menyebabkan beratnya menjadi 209.55kg.
Menurut gadis itu, berat badannya berkurangan 95.25kg pada 2009 selepas mengikuti program diet di sebuah akademi di Carolina Utara, Amerika Syarikat.
Namun, berat badannya bertambah apabila kembali pulang ke sini kerana dia tidak lagi memakan makanan kurang berlemak disebabkan ibunya tidak mempunyai masa untuk memasak.
Dia kini berharap Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan milik kerajaan dapat membantunya untuk menguruskan badan. - Agensi

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat