Belum pun habis berita mengenai pengumuman gaji minimum di Selangor, kerajaan Selangor merancang untuk menyediakan perkhidmatan internet percuma pula di Selangor yang akan meliputi kawasan bandar dan juga di luar bandar.
Selain itu, kerajaan Selangor nak berikan juga komputer percuma kepada golongan belia di Selangor.
Kenapa internet percuma ditawarkan di Selangor?
- Mahu mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran
- Menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara
Kami harap projek internet percuma ini, kerajaan Selangor tidak buat seperti apa yang berlaku sekarang di tempat lain di mana, ada papan tanda wifi percuma, tetapi apabila mahu akses internet malangnya tiada sambungan rupanya.
Satu lagi, bagi kami tidak perlu sehingga nak berikan laptop percuma kepada golongan belia. Bagi kami adalah lebih pastikan jaringan Internet yang mantap dengan kelajuan pindahan data yang tinggi disediakan terlebih dahulu. Kos perbelanjaan pemberian laptop percuma itu boleh dialihkan untuk disalurkan kepada rakyat Selangor yang “lebih memerlukan”. Ya…mereka lebih memerlukan. -beritasemasa
saya tak tahu apa komen dari rakyat Selangor, mungkin mereka satisfy with this facilities, but just for some.. there have more important things that need to be focused then bagi kemudahan seperti itu.
Duit tu sepatutnya lebih layak la kalau diberikan pada yang tidak berkemampuan, daripada hang p bagi wifi percuma, wifi percuma tu bukannya kita dapat mengenyangkan perut orang susah, mungkin akan meringankan beban pengguna dalam penggunaan teknologi masa kini, tapi tidak bagi yang kurang bernasib baik, bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan asas yang secukupnya. Apparently, segalanya dihujung jari tapi hanya yang bernasib baik sahaja, masih banyak lagi perkara kecil yang makin diperkecilkan.
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
Betul. Better bagi golongan kurang berkemampuan. Laptop free tu xperlu pon. Tengok belia generasi sekarang, kebanyakannya menyalahgunakan teknologi. Ngeri tengok perangai budak2 sekarang.
sokong....