1

Halang Irshad Manji Datang Malaysia!

Filled under : Berita Semasa





Cegah Kemungkaran ini !

1. Kami difahamkan Irshad Manji , seorang ikon 'Islam' liberal dan lesbian juga merupakan pejuang hak homoseksualiti (LGBT) akan bertemu peminat beliau di Borders Bookstore Petaling Jaya pada 12 hb Mei ini.

https://www.irshadmanji.com/Borders-Bookstore-Gardens-Mall ]

2. Kami berharap pihak Kerajaan dan pihak berkuasa agama menyiasat segera perkara ini dan jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudharatkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam. Ideologi ini dibawa oleh beliau atas nama agama. Buku yang akan dipromosi beliau adalah pandangan songsang tentang Islam dan hak kebebasan. Buat pengetahuan semua, buku Irshad Manji sebelum ini pernah ditegah utk sebaran di Malaysia.

3. Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yg dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata - rata laman sosial untuk diraikan.

4. Irshad Manji telah diangkat sebagai tokoh agama beridentiti lesbian:http://www.huffingtonpost.com/2011/10/20/lgbt-religious-leaders-most-inspiring_n_1022043.html#s399318&title=Irshad_Manji

5. Irshad Manji menentang amalan agama di sekolah dan pengasingan lelaki-wanita waktu solat berjemaah: http://www.xtra.ca/public/National/Irshad_Manji_on_gaystraight_alliances-10838.aspx

6. Kata Irshad Manji, "A speech that I gave several years ago about why I believe God and gays are compatible. In this speech, I take an ecumenical perspective, not just an Islamic one." :https://www.irshadmanji.com/support


Irshad Manji & tafsir Quran reformis beliau: https://www.irshadmanji.com/reformist-quran

7. Beberapa hari lepas berlaku rusuhan dan protes di Indonesia berikutan kehadiran beliau untuk tujuan yg sama. Program beliau dibatalkan serta merta termasuklah yg dirancang utk diadakan di universiti:

http://www.youtube.com/watch?v=iQAlWOWfUoA
http://www.youtube.com/watch?v=W6z6CfNtVZk&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=6y9mwaaOgZE&feature=relmfu
http://www.tempo.co/read/news/2012/05/08/214402313/Polisi-Dua-Hotel-Menolak-Irshad-Manji
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150787346274578&set=a.149753894577.111183.7903274577&type=1&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150821025664578&set=a.149753894577.111183.7903274577&type=1&theater

Sebelum itu, di Belgium Irshad Manji turut dikecam:

http://www.youtube.com/watch?v=NJS6IypEVR8&feature=related
https://www.irshadmanji.com/Muslim-extremists-order-Irshads-execution

Irshad Manji dan gagasan lesbian Islam beliau:

http://www.xtra.ca/public/National/Taking_notice_of_Irshad_Manji-10595.aspx
http://insistnet.com/index.php?option=com_content&view=article&id=134%3Airshad-manji-idola-kaum-liberal&catid=1%3Aadian-husaini

8. Irshad Manji pembela Salman Ruhdie yang menghina Rasulullah SAW. Beliau juga mengaku lesbian secara terbuka dan menggalakkan Muslim untuk ada keberanian beridentiti homoseksual (beliau akan memperkata tentang Moral Courage di Malaysia).

9. Kami berharap pihak berkuasa khasnya pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan tegas menghalang anasir subversif sosial serta ideologi berbahaya ini daripada merebak di Malaysia. kehadiran beliau bukanlah untuk sesi debat atau wacana kritis. Beliau dipercayai sekadar hadir untuk menyampaikan amanat 'Islam' reformis songsang.

10. Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 hb Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka. Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

1 comments

  1. wann0r May 17, 2012 at 8:59 PM

    assalamulaikum..ana mohon share post ini...terima kasih

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat