- Thursday, May 3, 2012
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
[Cinta Muka Buku by Najwa Latiff edisi Islamik]
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku ♪♫
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku ♪
... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..♫
banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.
Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..♪
Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..♪
Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja
banyak persoalan yg berada di minda ♫
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...
Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..♪
sumber: khazinatul asrar (facebook)
there have more and more bad things could be happened in this fancy connection such a falling in love with someone that we really didn't know all about despite his profile picture is probably a fake,perhaps.
It was a disaster phenomenon, it was a disaster circumstance whereby it will generate some kind of depraved humanity.
Yes, it has pro and contrast, its depends on us to cope this situation..
NAFSU kata apa salah kau terima dia,IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...
- Saturday, December 3, 2011
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Setelah banyak terbitan filem hasil daripada garapan pengarah anak tempatan kita dalam menghasilkan filem untuk memuaskan peminat filem di Malaysia.
Namun seperti yang kita tahu, kebanyakan filem sekrang sangat menjengkelkan kerana banyak memaparkan aksi yang tidak sepatutnya ditayangkan umum kerana ia saeakan mendidik remaja dengan adengan yang tidak sepatutnya.
Ditambah lagi dengan filem tahyul mahyul yang bagi saya ianya hanyalah akan memberi impak negatif kepada rakyat terutamanya golongan kanak-kanak.
Pemuda Pas kini telah menghasilkan satu filem yang bertajuk Gua Ikut Enta The Movie yang akan menampilkan Ustaz Nik Mohamad Abduh, Ustaz Riduan Mohd Nor, Kamal, Man John, Ust Azhar Idrus dan ramai lagi.
Adakah mampu filem ini mendatangkan impak besar beserta impak positif kepada rakyat Malaysia?. Filem Gua Ikut Enta The Movie akan ditayangkan pada umum bermula minggu ini.
Harap filem ini akan memberikan kelainan dari segi motif, jalan cerita dan plot yang disampaikan supaya dapat memberi mesej yang bergunA dan berkesan kepada rakyat.
- Sunday, October 23, 2011
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Saya rasa ramai yang masih tidak mengenali kumpulan nasyid yang bergelar Al Farabi, kalau kita sekali pandang we'll never expected yang itu adalah kumpulan rock cuz of their appearance is looking like penyanyi nasyid. Mereka memperjuangkan muzik rock dengan berkonsepkan ketuhanan.
Saya pernah mendengar nanyian mereka ketika MHI invite dorang untuk buat show di tv3. Mungkin mereka masih lagi kurang mendapat tepat pada masa dahulu, tapi sekarang mereka telah pun dikenali.
Melihat imej mereka berserban dan islamik, pasti ramai yang tidak menyangka Al Farabi membawakan konsep rock dalam perjuangan muzik mereka.
Bagi Al Farabi, apa yang diperjuangkan mereka itu adalah sebagai jihad ke jalan ALLAh SWT. Membawa konsep rock Islamik, lagu-lagu mereka sarat dengan unsur ketuhanan, kemanusiaan dan perjuangan yang dapat memberi wadah berguna buat pendengarnya.
Bukan sekadar mencipta gimik semata-mata, Al Farabi yang ditubuhkan pada Mac 2009, kini punya peminat tersendiri.
Terdiri daripada lima anggota, Mohd Nazri Alias, 37, selaku vokalis dan pemain gitar utama, Ahmad Nasie Mohd Nawawi, 24, (vokalis), Amirul Mustafa Al- Rieza Dzulkifli, 17, (drum), Abdul Razaque Samuel Fakhr Dzukifli, 20, (keyboard 1), dan satu-satunya bunga dalam kumpulan itu, Fazrina Ghazali, 36, (gitar 2), Al Farabi kini semakin optimis dengan perjuangan.
"Konsep band Al Farabi bertunjangkan kepada tiga elemen, muzik, mesej dan penampilan sesuai dengan konsep kami yang lebih terarah kepada keagamaan.
“Malah, kami asalnya bukanlah daripada kalangan individu yang mempunyai asas muzik. Tetapi minat dan semangat kami untuk memperjuangkan agama melalui medium berbeza antara pendorong utama keteguhan Al Farabi sehingga kini,” kata Nazri, selaku ketua kumpulan.
Dengan konsep yang mereka bawakan ini, mungkin sedikit sebanyak dapat mendekatkan Islam di jiwa remaja masa kini yang lebih sukakan rentak yang quite lively.
Sama-sama kita sokong hasrat mereka untuk menyebarkan dakwah dengan cara yang begini, tidak salah untuk menyanyi dan berhibur asalkan tidak mendatangkan haram pada nyanyian tersebut dengan cara mengikuti syarat yang ditetapkan Islam.
saya jarang dengar lagu mereka di mana-mana stesen radio mahupun ikim, ataupun saya yang tak notice maybe, harap selepas ini lagu seperti ini akan menggegar tanah air seperti di zaman kumpulan nasyid Raihan pada ketika dahulu dengan mencapai kutipan jualan CD yang terbanyak di Malaysia..
- Friday, October 7, 2011
4 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Adakah pendapat ulamak di negara kita ini tidak layak untuk memberi pendapat sehingga ada wartawan yang menanyakan kepada artis yang pada dasarnya tidak mempunyai ilmu syariah yang tinggi. Mereka adalah public figure di Malaysia, setiap komen yang mereka berikan adalah suatu kenyataan yang akan dibaca oleh masyarakat. Whatever statement either bad or good will be evaluated oleh masyarakat sekeliling.
Nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal.
Tahniah kepada Wardina dengan nasihat yang bernas kepada artis!, jangan membuat penilaian Hudud dengan sewenangnya, pelajari ilmu agama dengan mendalam dahulu, baru boleh menilai hukum ini.
Biarlah orang yang arif menentukan perkara ini sesuai atau tidak..
- Thursday, October 6, 2011
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.
Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.
“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.
“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.
Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.
“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.
“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.
Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.
“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.
“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.
Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya.
Beralih kepada album, Sepahtu akan tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan di bawah MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia.
Penerbitnya Sheikh Qalam berkata album genre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi itu akan dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.
Album ini juga dijangka akan menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama-sama Mila dan Mawi.
“Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.
“Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.
“Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single “Cinta Itu Nyawa” yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah,” kata Sheikh Qalam.
Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.
“Semua aktiviti seni Sepahtu seperti lakonan, persembahan, album dan iklan akan diuruskan oleh MW Entertainment,” ujarnya lagi. [SUMBER]
- Wednesday, October 5, 2011
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
KUALA LUMPUR – Selepas dua kali berturut-turut mengalami keguguran, Norashikin Rahmat atau Ekin yang juga isteri kepada penyanyi terkenal, Mawi mengakui dia mendapat perhatian penuh dan kawalan ketat daripada seluruh ahli keluarganya terutama suami tersayang sejak dikhabarkan hamil buat kali ketiga.
Malah Ekin juga memaklumkan dia mendapat layanan dan perhatian khusus daripada ibunya sepanjang tiga bulan berada di kampung halaman yang terletak di Johor Bahru meskipun usia kandungannya belum menginjak bulan kelima.
Mengharapkan kandungannya yang sudah pun berusia 4 bulan 2 minggu berada dalam keadaan sihat sehingga tiba waktu kelahiran nanti, Ekin memberitahu dia telah mengambil suntikan menguatkan rahim serta mengambil suplemen tambahan pada bulan ketiga kandungannya.
“Doktor telah menasihatkan saya agar tidak berjalan jauh dan makan makanan panas. Sebab itulah ibu saya mengambil keputusan untuk menjaga di kampung selama tiga bulan pertama.”
“Ketika di kampung, emak tidak benarkan saya banyak bergerak, hanya perlu berehat dan makan minum sahaja. Sekarang saya sudah pulang semula ke Kuala Lumpur, ibu saya turut ikut bersama kerana ingin menjaga saya,” ujar Ekin yang hadir bersama Mawi ketika rumah terbuka dan rakaman Gempak Astro baru-baru ini.
Menyentuh perhatian yang diberikan oleh suaminya pula, Ekin mengakui Mawi lebih peka daripada setiap aspek tidak kira daripada soal kesihatan dan juga keselamatan.
“Mawi sering mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati ketika berjalan dan menaiki tangga rumah. Malah dia akan segera bawa saya ke tempat makanan kegemaran saya atau ke mana saja sebaik saya meluahkan keinginan saya.
“Saya seronok bila dilayan begini. Memang macam permaisuri bila suami dan semua ahli keluarga memberi sepenuh perhatian pada saya. Syukurlah saya juga tidak mengalami apa-apa alahan begitu juga Mawi. Malah tidak mengidam makanan pelik. Menu makanan pilihan adalah seperti biasa,” ujar Ekin yang tidak lagi mengikut Mawi ke tempat kerja melainkan undangan acara-acara tertentu sahaja.
Menyentuh tentang soal jantina anak, Ekin dan Mawi tidak kisah sama ada dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan kerana itu adalah rezeki. Apa yang penting, keselamatan diri dan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan selamat ketika melahirkan kelak. -Mynewshub
in hopes Ekin selamat melahirkan anak setelah dua kali mangalami abortion, moga kandungan yang ketiga dapat muncul untuk menyerikan lagi rumahtangga Mawi dan Ekin.. insyaAllah..
-
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Alhamdulillah, setelah segala perubahan pelakon dan model iaitu Diana Amir telah mendapat impak positif dari orang ramai. Penhijrahan Diana yang turut dibantu oleh rakan artis banyak memberi bantuan kepada dia terutamanya Wardina.
“Kak Wardina artis pertama yang ucap tahniah kepada saya. Semasa menerima ucapan itu, saya rasa sangat terharu apabila artis senior sepertinya sudi menjadi penasihat saya.
“Dia juga memperkenalkan saya kepada beberapa rakannya yang aktif dengan aktiviti usrah anjurannya setiap minggu.
“Insya-ALLAH, saya akan sertai usrah yang akan datang. Dengan bimbingan guru agama yang ada, saya dapat mendalami Islam,”
Alhamdulillah, kini Diana Amir menyatakan hasrat untuk ke tanah suci Mekah untuk mendapat ketenangan jiwa di sana.
Saya doakan semoga Diana Amir sentiasa berjaya dan terus dalam bidang ini dan menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada anak-anak muda di Malaysia.
suka tol tengok Diana Amir dah berubah.. :)
- Friday, September 30, 2011
2 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Berita ini rasanya semua dah tahu sebab blog OhBulan! telah pun siarkan info ini pada minggu lepas. Tapi bagi yang belum tahu, saya keluarkan info ini. Alhamdulillah Danny X-Factor telah berjaya melansungkan perkahwinan bersama isteri, Leen atau nama penuhnya Zaidatul Norfazleen Zakarian dengan hantaran berjumlah RM11,201.10.
Pada tanggal 16 September bersempena hari Malaysia, pelakon & penyanyi Danny X-Factor telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari AirAsia, Leen atau nama penuhnya Zaidatul Norfazleen Zakarian dengan hantaran berjumlah RM11,201.10 di kediaman pengantin perempuan, Kampar, Perak.
“Alhamdullilah, sempena hari malaysia & 16 syawal, kami berdua menjadi suami isteri. Macam mimpi sebenarnya, macam berlakon pula. Perkahwinan merupakan benda yang paling besar berlaku dalam hidup saya. Jadi, Zainatul Norfazleen Zakaria ialah isteri saya,” ujar Danny yang teruja menjadi seorang suami.
Leen turut bersyukur apabila dipertemukan jodoh bersama Danny. Menurut Leen, “Kami jumpa sekejap, kemudian bertunang 6 bulan seperti yang dijanjikan. Kini, saya happy menjadi seorang isteri buat Danny.”
Majlis resepsi kedua mempelai dijangka akan diadakan pada bulan Disember di Dewan Seri Endon.
Alhamdulillah dengan pernikahan ini dan berjaya melaksanakan satu daripada tuntutan dalam Islam. Semoga hayat perkahwinan Danny bersama Leen akan berpanjangan dan dikurniakan cahaya mata serta dimurahkan rezeki oleh Allah swt, insyaAllah. Tahniah!
Boleh lihat video Danny dan Leen di [SINI]
- Tuesday, September 27, 2011
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Kita dah pun dengar khabar mengenai isu Diana Amir mula berhijrah dengan memakai tudung. Tahniah! Hijrah Diana Amir Dengan Imej Bertudung. Alhamdulillah, sehingga hari ini dah banya artis kita yang sudah mula perubahan yagn sangat dialukan dalam Islam, seorang ikon mampu memberi gambaran dan ikutan masyarakat sekeliling, bersyukur jika ikon yang kita ikut adalah ikon muslim dan muslimah yang soleh dan solehah.
Saya ada membaca kisah Diana Amir tentang perubahan dan apa sebab dia berubah, seperti Sham dan ramai lagi artis yagn berubah mereka ada kisah disebalik hidayah yang Allah swt kurniakan kepada mereka Sham Kamikaze mendapat hidayah untuk berubah.
Dengar kisah Diana Amir ni, dia kata dia sering bermimpi akan kisah akhir zaman iaitu Hari Kiamat.
Pelakon Diana Amir mengaku bahawa beliau kini lebih selesa menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Petanda yang membelenggu pelakon muda ini telah membuatkan dirinya sentiasa ingat akan kematian yang semakin hampir.
Menurut laporan akhbar Mstar, seorang rakan baik Diana Amir turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama selepas mendengar cerita mengenai hari kiamat daripadanya.
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Walaupun kurang pengetahuan agama, Diana Amir mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pelakon Irma Hasmie, yang kini sudah pun menutup aurat. Difahamkan, Irma Hasmie membawa Diana Amir bertemu dengan Wardina Saffiyah bagi mendapatkan pandangan serta sokongan mengenai ilmu agama.-OHBULAN!
SubhanaAllah, Allah telah menunjukkan satu jalan untuk Diana Amir berubah. Semoga dia terus istiqamah dalam penhijrahan ini.
Wassalam..
Kita doakan agar diri kita ditetapkan iman dan tidak dipesongkan Allah swt hati kita kepada perkara yang mungkar.. insyaAllah~
- Saturday, September 24, 2011
3 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Artis merupakan ikon dalam kehidupan dan satu fublic figure yang menjadi tontonan dan paparan umum manusian di tv mahupun di majalah.
Artis juga tidak lekang dengan gosip dan sebagainya kerana mereka sentiasa menjadi buah mulut orang yang melihatnya. Oleh itu setiap perubahan dan penghijrahan seseorang artis ini amat kita nantikan, siapa seterusnya.
Dan kini giliran pelakon cantik Diana Amir pula melakukan transformation yakni berubah which is yang dulunya agak seksi and now she try to changes her self to be a better Muslimah with Jilbab.
Luahan oleh Wardina Safiyyah yang actually through the same things macam Diana, di Facebook dengan meluahkan gembira dengan penghijrahan Diana.
Harapgambar Diana Amir bukan omong kosong dan hanya sekadar mengikut fesyen. Saya tengok di facebook Diana Amir masih lagi belum bertukar identiti kerana dia masih memakai profile picture free hair. Tapi status yang paling terkini dah agak lama kerana ianya bertarikh 16 September, mungkin Diana tiada masa untuk mengubahnya.
Harap Diana Amir akan terus dan istiqamah dengan identiti yang sebegini iaitu dengan memakai tudung dan tidak lagi berpakaian seksi di khalayak ramai.
Serius cantik kalau Diana Amir bertudung, lagi murah rezeki.. insyaAllah..
- Wednesday, September 21, 2011
3 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Bagi yang perasan, isu ini telah pun menjadi besar sehingga PAS sendiri ada memberi komen tentang hal ini PAS Juga Dakwa Hantu Bonceng Hina Islam. Dan saya pada mulanya ada juga membuat entry mengenai hal ini Filem Hantu Bonceng persendakan Islam??.. .
Saya baru membaca di ZonArtis bahawa Zizan sudah pun memohon maaf diatas kesalahan ini dan dia memang tiada niat untuk memberi maksud yang sebegitu berikutan dengan sesetengah pihak yang menuduh Zizan mempermainkan syahadah.
Zizan melalui laman Twitter meluahkan rasa salahnya.
Saya harap perkara ini tidak berulang lagi kerana ia dilakonkan atas watak kelakar dan untuk memberi penonton gelak tawa, bayangkan sekiranya kita yang terlepas pandang dan hanya gelak tanpa mengetahui disebalik lawak itu sedangkan ia merpersendakan Islam. Harap perkara ini dipandang serius..
Wassalam..
- Tuesday, September 20, 2011
2 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
Amer Munawer, atau lebih dikenali dengan panggilan Amer Ruffage. Bekas ahli kumpulan Ruffage yang terkenal dengan lagu 'Khalayan' dikatakan sudah meninggalkan dunia hiburan sebagai artis yang penuh glamor. Amer juga dikatakan menganggotai kumpulan tabligh di Alor Setar untuk mendalamkan lagi ilmu agama.
Amer juga dikatakan sibuk dengan perniagaan baru dalam bidang daging segar, dan lebih menumpukan diri dalam bidang keagamaan. Sertai menyertai kumpulan nasyid untuk membuat album baru.
Aku ada berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga Amer, dan berbual agak panjang mengenainya. Keluarga Amer ni keluarga yang agak berada, mempunyai perniagaan yang agak besar di dan Kuala Lumpur.
Abangnya seorang ahli perniagaan, yang seorang lagi masih lagi dibidang muzik (pengiat muzik undergroud) dan juga seorang kakak yang bekerja di luar negara.
Amer kini lebih tertumpu dalam bidang perniagaan dan mendalamkan ilmu agama. Cuma keluarga Amer ni lebih berat kearah pembangkang. Salah seorang dari pakciknya juga diantara kroni Anwar Ibrahim dan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di Kuala Lumpur.
Bapanya yang lebih dikenali sebagai Haji Yusof dikatakan seorang ahli Pas dan aktif di dalam parti.
Ada yang kata Amer perjuangannya berat kearah pihak Pas dan menyokong Pakatan Rakyat. Samaada tuduhan ini benar atau tidak, hanya tuan punya badan yang tahu.
Mungkin dia baru masuk, dan masih belum menunjukkan taringnya.- via SiasahKini
Amer juga dikatakan sibuk dengan perniagaan baru dalam bidang daging segar, dan lebih menumpukan diri dalam bidang keagamaan. Sertai menyertai kumpulan nasyid untuk membuat album baru.
Aku ada berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga Amer, dan berbual agak panjang mengenainya. Keluarga Amer ni keluarga yang agak berada, mempunyai perniagaan yang agak besar di dan Kuala Lumpur.
Abangnya seorang ahli perniagaan, yang seorang lagi masih lagi dibidang muzik (pengiat muzik undergroud) dan juga seorang kakak yang bekerja di luar negara.
Amer kini lebih tertumpu dalam bidang perniagaan dan mendalamkan ilmu agama. Cuma keluarga Amer ni lebih berat kearah pembangkang. Salah seorang dari pakciknya juga diantara kroni Anwar Ibrahim dan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di Kuala Lumpur.
Bapanya yang lebih dikenali sebagai Haji Yusof dikatakan seorang ahli Pas dan aktif di dalam parti.
Ada yang kata Amer perjuangannya berat kearah pihak Pas dan menyokong Pakatan Rakyat. Samaada tuduhan ini benar atau tidak, hanya tuan punya badan yang tahu.
Mungkin dia baru masuk, dan masih belum menunjukkan taringnya.- via SiasahKini
- Monday, September 19, 2011
1 Comment
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa , Dunia Hiburan , Info Islam
Kereta mewah pasti menjadi kegilaan semua orang tak kira semua lapisan masyarakat. Bagi yang berkemampuan, impian pasti menjadi kenyataan untuk memilikinya sebuah, begitu juga dengan Dr Jus Mate 5 kita, dengan Ferrari f430 dia, pasti mengaumkan telinga kita apabila mendengar deruman enjin dia. Credit to gilerkentang
Bagi anda yang biasa menonton siri top gear pasti tahu akan kehebatan enjin Ferrari F430 yang menggunakan ciri-ciri enjin 4.3L V8 petrol yang berasal dari reka bentuk yang dikongsi bersama Ferrari / Maserati. Loji kuasa baru ini adalah peningkatan yang ketara untuk Ferrari: semua V8s Ferrari sebelumnya merupakan program perlumbaan Dino tahun 1950-an.
Kini Ferarri F430 telah menjadi milik Datuk dR.ROZMEY CHE DIN atau panggilan mesra beliau DDR, kini DDR melangkah laju dengan penuh bergaya yakin dan sekaligus melambangkan perniagaan yang semakin maju hari demi hari.
Asalkan rezeki yang kita cari itu halal dan kita pandai menggunakannya dijalan yang betul, tidak mustahil kita pun akan dapat rasa pakai kereta macam ni.. saya tak hairan pun sebenarnya, naik kereta biasa pun sampai juga ke rumah.. hehe
-
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan
























