Ben Heine menggabungkan keghairahannya berfantasi dalam lukisan dengan fotografi bagi menghasilkan gambar yang menakjubkan.
Lelaki berumur 28 tahun ini mengambil gambar orang atau landskap yang berwarna warni dan ditutup sebahagiaan daripada gambar itu dengan lukisan pensil.
Satu gambar yang luar biasa menunjukkan seorang lelaki memancing beberapa ekor ikan yang keluar daripada mulut jerung.
Antara lain seorang perempuan tua yang muram memegang lukisan dirinya dengan simbol tulisan "I miss you".
Dan satu gambar menunjukkan seekor kucing bersandar pada seekor anjing.
Ben menyiapkan lukisan di rumah berjam-jam atau sehari sebelum keluar untuk mengambil gambar.
Dia kemudiannya menghabiskan berminit minit bagi menukar jarak dan sudut bagi mendapatkan pandangan yang betul.
Ben yang menggelarkan hasil kerja sebagai "Camera vs Pencil", berkata " Saya cuba membayangkan konsep yang kreatif yang menggabungkan keduanya iaitu lukisan dan fotografi, realiti dan imaginasi.
"Lukisan selalunya hitam dan putih sementara gambar selalunya berwarna warni. Ini menguatkan perbezaan diantara dua medium ini.
"Sehelai lukisan seperti pintu magik ke fantasi dan surrrealistik dunia yang tidak mempunyai limit tunggal. Segalanya boleh terjadi."
Ben yang berasal dari Brussels, Belgium menjual edisi terhad hasil kerjanya melalui lamannya dan galeri diantara £460-£3,800.-Thesun
Seorang penduduk di Crossville, TN (US) bernama Horace Burgess mempunyai rumah pokok terbesar di dunia. tingginya mencapai 97 meter menjulang ke langit, yang ditunjang dengan pohon oak putih, dengan tinggi 80-kaki dan diameter 12 kaki.
Enam pokok lain membesar seperti menjadi menara benteng. Rumah megah ini mempunyai 80 bilik dan 20 beranda, menghadap celah dan tangga. Dibini dari kayu bekas, bangunan ini terletak di daerah pedalaman, namun telah menarik perhatian banyak orang dari seluruh negeri.
Dia menceritakan kisah kepercayaannya, pada tahun 1993, Horace Burgess sedang berdoa ketika Tuhan mengatakan kepadanya, "Jika kamu membina sebuah rumah pokok, aku akan melihat bahawa kamu tidak pernah kehabisan bahan."
Dirinya menjadi seorang tukang kayu mendadak yang belajar autodidact dan juga arkitek untuk landskap. Walaupun ia telah menghabiskan banyak masa dan kos untuk membina rumah impiannya tersebut, namun dirinya tidak pernah merasa bahawa pekerjaannya telah sempurna.
Selama empat belas tahun, Burgess telah menambah rumah pokoknya dengan menggunakan potongan kayu daur terpakai dari garaj, dan gudang.
Rumah pokok ini mempunyai 10 lantai, kebanyakannya 9 sehingga 11 meter tingginya dan luas antara 8.000 sehingga10.000 kaki persegi. Dan di atasnya ada sebuah menara loceng seberat 5.700 pounds dilengkapi dengan 10 botol oksigen asetilena isi terpakai sebagai loceng.
Kira-kira 400 hingga 500 orang berkunjung selama seminggu, kebanyakannya dari luar negara dan kebanyakannya mendengar rumah istimewa ini dari mulut ke mulut.
Rumah pokok Horace Burgess akan segera masuk ke dalam buku Guinness book of records, tapi sebelum itu Burgess harus menyediakan pengukuran dari setiap inci rumah pokoknya, sebuah tugas yang berat namun ia yakin akan boleh menyelesaikannya dengan bantuan dari teman-temannya yang secara sukarela meluangkan waktu.
Burgess juga telah bersumpah untuk akan terus memperbaiki setiap struktur yang rapuh kerana dia tidak ingin kehilangan penghormatan sebagai pemilik rumah pokok terbesar di dunia.
Terbaru, 11 kereta Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo telah disita oleh polis Perancis di Paris. Antara kereta yang dirampas termasuk dua kereta Buggati Veyrons, Maserati MC12, Porsche Carrera GT, Bentleys, Aston Martin One-77 dan Ferrari 599 GTO.
Menurut sumber yang saya baca, 11 kereta ini yang semuanya berharga melebihi 5 million dollars disita atas siasatan yang dijalankan berikutan dengan banyak berlaku corruption dan penyalahgunaan wang yang melibatkan Obiang serta anaknya.
Kereta yang disita ini dikhabarkan berkemungkinan akan menjadi kereta lelong oleh kerajaan Perancis.
hahaha.. you make me jealous Bill Gates.. im trying harder in study today but not for a Lamborghini, just for myself and Islam.. Bill Gates just need a few minutes to get what he want, so how about you today... such a dreams when we just need to sit and money will come to you.. hehehe.. that was awesome, Bill Gates..
Sukan merupakan satu kegiatan yang melahirkan kesihatan yang baik kepada seseorang, namun di dalam setiap kebaikan pasti wujud kelemahan serta keburukan. Jadi kita perlu, setiap yang wujud itu tidak pernah sempurna melainkan nabi junjungan kita Rasulullah saw.
Jadi kali ini sy nak memuntahkan diri korang bagi yang sedang makan atau selain daripada itu kerana sy nk paparkan beberapa aksi ngeri ahli sukan di dunia ni... hehe.. jom tengok sama2..
ibnushukran: macam mane... terbaik kan kemalangan yang dorang alami, ngeri gak tengok kaki jadi macam tu, lagi2 yang main bola .. arrgggghhh... moga dijauhkan..
Pekerja buruh binaan berkerjasama di tapak pembinaan kompleks di timur India,Bhubaneswar.
ibnushukran: hebat kan cara diorang berkerjasama untuk mengangkat barang-barang ke atas.. mungkin kat sana khidmat kren agak kurang kot,sbb tu dorang hanya memakai tenaga manual macam ni..
Semua mengenali Leonardo da Vince kan. Sy sendiri agak lupa sikit mengenai salah silah kehidupan dan sejarah Leonardo ni. Maklum je la, lelaki ni memang lemah jiwa sikit dengan sejarah2 ni.. huhu.. apa2 pun sy ada selitkan sedikit sejarah mengenai Leonardo da Vinci :
Seorang tokoh seniman dan cendekiawan dunia yang terkenal. Beliaulah yang telah mencantikkan gereja dan katedral di Rom dengan melukis. Karya beliau yang terkenal ialah lukisan “Mona Lisa” dan 'The Last Supper".
Beliau dikatakan berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal kerana beliau kuasai banyak ilmu seperti seni bina,seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan. Konsep inilah yang memberikan satu enigma kepada masyarakat sehingga kini terhadap diri beliau.
Beliau juga menggunakan konsep Ikuiri untuk mendapatkan sesuatu jawapan tentang sesuatu persoalan atau masalah yang timbul. Sesungguhnya beliau boleh dianggap sebagai mendahului zamannya dengan mempunyai semangat inkuiri yang tinggi untuk mencari jawapan segala kejadian alam. Banyak idea beliau begitu menarik sehingga ke hari ini pada pandangan tokoh-tokoh pemikir dunia.
Kebanyakan idea beliau dilukis dalam buku catatan peribadinya yang sehingga kini idea beliau itu masih digunakan oleh ahli-ahli sains untuk mencari idea awal menghasilkan sesuatu inovasi baru.[SUMBER]