0

Untungkah Kita Berbisnes?

Filled under :

Sekarang ni rasa memang susah sangat nak cari duit, biasanya kalau time belajar kita tak la fikir sangat tentang duit sangat sebab otak sibuk fikir pasal belajar, pasal belajar dan pasal belajar



And now, baru habis belajar bulan 3 lepas selepas berpulun segala keringat dari segi fizikal dan juga batin bagi membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir di semestar terakhir, siapa la yang nak gagal di saat akhir kan, bila kawan-kawan dah graduated tapi kita masih lagi sangkut paper.. mesti la nak score untuk last peyyyperr!!.. kan.. 

Hari ni baru je hari pertama selepas berhenti kerja di Petronas, kerja sebagai KP iaitu krew pam, sebelum ni jadi Cashier tapi orang cakap kita tak akan merasa susah jika kita tidak lakukan kerja itu, jadi just take a challenge to be newbie untuk kerja baru ini, saya cuba lakukannya. Bidang kerjanya ialah menjaga bahagian pam agar tidak berlaku permasalahan disamping membantu pelanggan untuk mengisi minyak ke dalam kereta mereka, duduk bangun isi minyak, duduk bangun isi minyak, duduk bangun kaki pun lenguh.. Last2 cukup 3 minggu sahaja dah give up, and now i respect to pekerja KP because till now dorang masih bekerja dengan semangat, tahniah!


Sekarang ni tengah cari bisnes untuk dijalankan bagi menambah pendapatan, untungkah kita berbisnes?.. minyak wangi, jam, kopiah, dan banyak lagi.. hurrmm.. macam senang je kan, beli dan jual... 

Memang nampak senang tetapi memerlukan semangat dan kaedah yang betul. Orang cakap kita kene ambik risiko untuk berniaga ni, memang betul kerana permulaannya kita memerlukan modal samaada besar atau kecil bergantung pada keberanian kita untuk melabur dalam perniagaan kita. Tetapi,rezeki merupakan 9/10 didalam perniagaan, apa salah kita mencuba... kini giliran aku untuk mencuba, doakan agar berjaya.. :)



Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags:

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat