1

66 tahun: Umno tidak sehebat Firaun

Filled under : Berita Semasa


Tiada mana-mana kuasa di dunia ini dapat bertahan selama-lamanya. Betapa kuat dan hebat sesuatu kuasa dan kerajaan itu akhir ianya akan tumbang juga. Sejarah tamadun manusia kuno dan moden banyak menunjukkan bahawa kuasa ‘baru’ itu akan runtuh dan hancur satu persatu. Lihat saja kerajaan-kerajaan dibangunkan manusia seperti mana disebut di dalam al-Quran misal kisah Firaun sebuah kerajaan terhebat milik manusia akhirnya musnah juga.

Waktu itu tidak ada siapa boleh menandingi kuasa yang ada kepada Firaun. Kekuatan, keagungan yang Allah berikan kepada mereka (raja-raja Firaun) menyebabkan mereka melupai diri dan asal usulnya sehingga setengah dari mereka mengaku merekalah Tuhan. Mereka tidak pernah terfikir kerajaannya sehigga meliputi ke 31 dinasti akhirnya lenyap juga dimakan sejarah.

Kerajaan Firaun yang paling lama berkuasa ialah Rameesse II yang berkuasa selama 66 tahun. Disebabkan ketamakan, egois dan melampau batas akhirnya mereka dilaknat dan dikutuk Allah sampai ke hari khiamat.

Demikian juga dengan para diktator dan jutawan dunia moden. Kekuasaan dan kehebatan mereka tidak menjamin mereka kekal selama-lamanya atas pundak dunia. Walaupun pada satu masa mereka digeruni dan disujud oleh manusia yang diperintahnya, tetapi akhirnya mereka jatuh satu demi satu dengan penuh kehinaan dan keji.

Bila bercakap mengenai kehebatan sesebuah kerajaan yang dibangunkan dengan kuasa politik demokrasi hari ini kita boleh melihat banyak contoh dan buktinya bagai mana kekuasaan itu lenyap dengan keadaan hina. Usah pergi jauh kita tinjau dan kaji saja apa yang berlaku di rantau Asia, medan dunia yang dekat dengan diri kita.

Beberapa kerajaan yang dibangunkan dengan sistem demokrasi yang begitu hebat dan tersohor sudah jatuh satu demi satu. Kekuatan dan keagungan kerajaan itu terpaksa juga akur kepada kehendak atau pun hakikat bahawa mereka tidak dapat bertahan selama-lamanya. Atas nama kerajaan ciptaan manusia makhluk yang lemah dan hina ia akan musnah. Kemusnahan itulah membuktikan kelemahan manusia sebagai makhluk yang baru.

Satu masa dulu manusia politik berbangga dengan kehebatan kerajaan-kerajaan ini. Melihat kepada kehebatannya tidak terfikir bahawa ia akhirnya akan musnah juga. Beberapa contoh kerajaan demokrasi di Asia ini yang boleh diambil sebagai iktibar untuk melihat bagaimana lemahnya kuasa manusia dan ia mengalami kemusnahan dan kepupusan. Kerajaan India yang dikuasai oleh Parti Kongres sejak tahun 1949 yang diwarisi secara tradisi dari datuk kepada anak membawa kepada cucu akhirnya tumbang juga setelah (40) tahun kemudian. Parti Kongres kalah kepada Bhatrial Jenata parti tahun 1989. Suatu waktu itu tidak ada siapa yang memikirkan bahawa kerajaan Kongres akan tumbang kerana kehebatannya dan menjadi parti pujaan rakyat India.

Siapa menjangka Kongres sebuah parti yang diasaskan oleh para pimpinan kemerdekaan India boleh kalah. Padahal orang yang membawa kemerdekaan kepada sesuatu daerah atau negeri itu sangat disanjung dan dihormati rakyat negeri itu. Tidak seharusnya parti yang mereka asaskan ditolak. Tetapi tidak begitu. Kalau perjuangan asal mulanya itu sudah dilupakan atau menyimpang matlamat dan tujuan atau tidak melakukan perubahan dinamik maka penghormatan dan sanjungan orang juga akan berubah. Rakyat tiada pilihan lain melainkan menukar mereka dengan yang baru.

Apa lagi kalau orang yang mewarisinya sudah melencung dari perjuangan asal dan asyik menjaga kepentingan diri dan kroni. Rakyat tidak dipedulikan. Rakyat boleh sokong selagi mereka rasa perlu menyokong dan tidak berlaku apa-apa tekanan buat mereka. Tetapi bila rakyat sudah muak, tertekan dan hilang sabar rakyat boleh melakukan apa saja termasuk membakar kerajaan.

Parti Kongres diasaskan Jawaharal Nehru sebagai Perdana Menteri India pertama berakhir kepada Rajiv Ghandi yang mati dalam satu tragedi pembunuhan oleh seorang wanita pejuang Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bernama Thenmozhi Rajarthnam. Walaupun Kongres cuba bangkit semula beberapa tahun selepas itu tetapi ternyata parti itu sudah kehilangan sakti dan keramatnya. Kongres bukan menjadi salah satu dewa yang menyelamatkan orang India lagi.

Begitu juga dengan sejarah parti terbesar dan berkuasa di Jepun, Liberal Demokrat Parti (LDP) akhirnya tumbang dan jatuh juga. LDP menguasai Jepun sejak tahun 1955 akhirnya tewas pada tahun (1990) setelah 54 tahun berkuasa kepada Demokrat Parti Jepun (DPJ).

Seperti juga parti Kongres kejatuhan LDP itu mengejutkan kerana banyak orang merasakan parti asal yang membentuk sesebuah kerajaan berasaskan sistem demokrasi sukar untuk digugat. Sistem demokrasi adalah sistem terbaik menggantikan sistem anarki atau monarkri sebelum ini.

Demikian juga halnya dengan beberapa orang diktator moden akhirnya menuruni takta dengan penuh kehinaan. Seorang demi seorang sang kuku besi dan ‘pemakan’ rakyat meninggalkan singgahsana penuh keaiban dan kehinaan. Ferdinan Marcos di Filipina yang berkuasa selama (...) akhirnya tumbang. Mohamad Suharto di Indonesia menjadi presiden selama (32) akhirnya tumbang juga. Kejatuhan mereka adalah kerana tindakan dan asakan rakyat. 
Beberapa nama diktator lain lagi seperti Shah Redza Pahlavi Iran, Fujimoro, Salabadon Milosevic di Bosnia-Herzegovina dan lain-lain. Terbaru diktator di Asia Tengah, Saddam Hussein, Hosni Mubarak, Ben Ali juga sudah jatuh dan hancur. Yang kini dalam proses kehancuran memalukan ialah Muammar Gadafi di Libya. (Sudah pun hancur dan maut).

Sebelum ini diktator zaman perang dunia I dan II juga berkubur satu demi satu.

Tawarikh dan peritiwa-peristiwa  itu semua menunjukkan tidak ada satu kerajan dan diktator  yang kebal di dunia ini. Setinggi mana usaha untuk mempertahankannya akhirnya ia akan jatuh menyembah bumi juga. Sudah menjadi lumrah sesuatu yang lama itu akan dibenci dan dimualkan. Satu pembaharuan sebagai pengganti akan dilakukan. Kalau  boleh diperhatikan setiap setengah abad berlaku perubahan. Perubahan itu berlaku kerana manusia mahukan kepada pembaharuan. Modenisasi atau sesuatu yang baru adalah keinginan naluri manusia.

Tidak semestinya yang sedia ada itu buruk, tetapi kerana sifatnya lama maka ia sudah tidak diingini lagi. Naluri manusia penuh dengan sifat ingin tahu dan mencuba yang baru. Apa lagi kalau ditambah dengan yang lama itu sudah menunjukkan tanda-tanda keburukan dan kerosakan maka naluri ingin menukarnya semakin kencang. Jiwa manusia senantiasa progresif dan memberontak. Pemberontakan itu pula menandakan manusia itu hidup.

Berdasarkan kepada putaran kehidupan tadi dan juga kepada sejarah, kedudukan BN yang memerintah Malaysia hari ini juga tidak akan kekal abadi. Adalah salah dan rosak iman kalau ada yang mengatakan Umno akan kekal selama-lamanya dan satu-satu harapan rakyat Melayu di negara ini. Ingat Umno hanya sebuah parti yang tidak pun memiliki kuasa mukjizat dan sebagainya.

Betapa pemimpinnya berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang ada tetapi ia tidak akan berhasil. Tanda-tanda sudah kelihatan UBN akan mengalami nasib sama dengan kerajaan Kongres di India, kerajaan LDP di Jepun. Manakala pemimpinnya akan turun satu persatu sama ada dari tangga depan atau tangga belakang seperti mana para diktator dunia lainnya.

Sementara kedudukan Najib Razak yang menjadi presiden Umno hari ini dan Perdana Menteri Malaysia akan mengalami nasib sama dengan Rajiv Ghandi atau Suharto, Marcos dan lain-lain. Kalau Najib tidak peka kepada tuntutan dan cuba mempertahankan Umno dengan kuasa diktator beliau akan mengalami sejarah hitam melumuri para diktator tersebut.

Najib jangan sesekali cuba mempertahankan kerajaan BN hari ini dengan sesuatu yang haram. Misalnya menggunakan SPR, polis atau pun tentera. Najib boleh lakukan itu kerana dia ada kesempatan dan kuasa. Tetapi perlu ingat kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang mana teras pertimbangan rakyat ialah kebenaran dan keadilan. Dalam sistem demokrasi, perdana menteri dan wakil rakyat berkuasa, tetapi kedauatan kuasa itu ada kepada rakyat jangan cuba mempermain-mainkannya.

Kesimpulannya apa yang hendak ditegaskan di sini, jangan merasakan UBN akan kekal selama-lamanya memerintah Malaysia. Hari ini UBN sudah memerintah selama 56 tahun. Usia itu hampir lebih sedekad dengan usia kejatuhan Kongres di India dan LDP di Jepun. Saya tidak mengira kerajaan UBN hari ini akan berjaya memecah rekod kerajaan Ramessee II yang menjadi raja Firaun selama 69 tahun. Umno tidak sehebat Firauan.



Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

1 comments

  1. Anonymous September 8, 2014 at 4:22 AM

    Hello my friend! I want to say that this post is awesome, nice written and include approximately all significant
    infos. I'd like to see extra posts like this .

    Visit my blog; makeup tips to make you look older

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat